You are here: Home // 2010

Hulla RM | Nilai Diri anda dan Wang RM100

Marilah kita renungi bersama sama...

Petikan dari kata-kata seorang motivator dalam satu ceramahnya yang boleh kita jadikan renungan dan pedoman untuk kehidupan seharian kita tentang nilai diri kita sendiri. Beliau memulakan ceramah dengan....

Gambar Hiasan
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


OK, sekarang masih ada yang berminat?".

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak,dandipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akankehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jikagagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

'Paul' Si Sotong Wujud di Indonesia

JAKARTA: Paul si pawang sotong sebelum ini telah menjadi ikon popular ketika berlangsung Piala Dunia 2010 dengan ramalan-ramalannya yang tepat. Menjelang final Piala AFF 2010, Indonesia pula cuba mencari pengganti kepada si sotong Paul yang sudah mati dengan seekor sotong kurita raksasa di Sea World Jakarta dengan melakukan cara yang sama iaitu meramal. Aduh! huru-hara! Apa-apa pun dikatakan, sotong itu masih belum dinamakan dan akan dipertontonkan dahulu kemudian baru bagi nama...huhuh!
Gambar hiasan: Si Paul Indonesia yang diharapkan meramalkan Indonesia menang sekaligus menjulang Piala AFF Suzuki 2010...apa-apa saja lah! Kemaruk sangat!

Menurut sebuah tabloid dari Indonesia, petikan jurucakap Sea World, Teddy Sukmawinata:

"Nanti akan ada ramalan pertandingan sepakbola antara Indonesia dan Malaysia oleh gurita raksasa,"

Ia mulai meramal final piala AFF pada pukul 14.00 siang ini di wahana Sea World Ancol, Jakarta Utara.

"Belum diketahui namanya. Nanti saat diperlihatkan ke publik baru akan diketahui namanya,"

Menurut Teddy, sotong kurita raksasa tersebut dibawa dari lautan pasifik yang berdekatan dengan negara Jepun.

Sehebat manakah sotong kurita raksasa Indonesia tersebut? Mampukah ia meramalkan kemenangan Indonesia di final AFF?

Sebelumnya, seekor gajah di Taman Safari, Cisarua, telah membuat ramalan perlawanan leg pertama di Kuala Lumpur. Gajah bernama Atik itu predict 2-1 untuk kemenangan berpihak Indonesia, tapi yang menjadi kenyataannya Indonesia yang tersembab di Bukit Jalil di tangan Malaysia dengan 3-0.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Soroton 2010 : Pembunuhan kejam, ganas hangatkan 2010

Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal hangat diperkatakan sepanjang tahun ini.

Pelbagai pihak yang begitu sedih dan marah apabila berlakunya kes pembunuhan kejam sebegini yang juga membabitkan orang-orang kenamaan.

Sebenarnya, jenayah yang melibatkan pembunuhan kejam sudah pun kerap berlaku di Malaysia. Kira-kira 17 tahun dahulu, negara ini pernah digemparkan dengan kes pembunuhan kejam Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris. Mayat Mazlan dikerat 18 bahagian, kemudian ditanam di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Pembunuhan kejam ini dilakukan oleh Maznah Ismail juga dikenali sebagai Mona Fendy, bersama suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman, dan seorang pembantu mereka, Juraimi Hussin. Mereka melakukan pembunuhan kejam itu kerana dipercayai mengamalkan ilmu hitam. Perbicaraan selama lapan tahun kes tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh akhirnya menyaksikan semua pesalah dihukum gantung sampai mati.

Kira-kira 10 tahun dahulu, pada 7 Oktober 2000, masyarakat juga turut digemparkan dengan kes Noor Suzaily Mokhtar yang menjadi mangsa rogol dan dibunuh dengan kejam ketika dalam perjalanan menaiki bas ekspres untuk melaporkan diri selepas mendapat tawaran bekerja di ibu negara. Allahyarham diperlakukan demikian oleh pemandu bas ekspres tersebut. Pesalah akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.

Berikut adalah antara episod tragis di dalam tahun 2010 yang juga dianggap antara perlakuan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara.

Pembunuhan Sosilawati Lawiya

* 30 Ogos - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor atas urusan pembelian tanah.

* 9 dan 10 September - Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk dua peguam adik beradik dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

* 12 September - Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh, mayat mereka dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.

* 15 Oktober - Dua daripada suspek dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.

Pembunuhan di Gemencheh

* 5 Januari - Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

- Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan
Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.

- Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

* 7 September - Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Dera kanak-kanak sehingga mati

* 25 Februari - Syafiah Humaira Sahari, 3, didera dengan tendangan dan pijakan menggunakan kasut bola oleh teman lelaki ibunya Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya di Ulu Yam Lama, Batang Kali.

- Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek.

* 22 September - Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

* 4 Mac - K Haresvarran, 18 bulan, dipijak yang menyebabkan tulang rusuknya retak selain hatinya pecah ketika berada di taman permainan di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya.

- Kanak-kanak malang itu dipercayai didera oleh suami kepada bekas penjaganya yang merupakan seorang kelindan lori berusia 33 tahun di sebuah taman permainan di Pangsapuri Seri Ara, Damansara.

Pembunuhan Siti Mazni Abdul Rahman

* 17 Disember - seorang gadis tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera, Tongkang Pecah, Siti Mazni Abdul Rahman,14, ditemui mati di ladang kelapa sawit yang terletak 150 meter dari rumahnya di Batu Pahat, Johor.

- Mayatnya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya disorok di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit di ladang berkenaan.

- Siti Mazni dilaporkan hilang dua hari sebelum itu apabila dia tidak pulang ke rumah selepas memberitahu neneknya Mailiah Idris, 62, yang dia keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.

* 19 Disember - Lima orang termasuk empat pelajar ditahan berkaitan kejadian itu.


Secara umumnya, jenayah berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:-

1. Faktor persekitaran atau keturunan (Nurture vs Nature atau Environmental vs Genetic).

2. Faktor pertambahan penduduk juga memainkan peranan meningkatkan jenayah. Semakin ramai penduduk, semakin kurang peluang pekerjaan. Apabila keinginan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang halal, gagal mereka memilih cara tidak halal, lalu terjebak dengan kegiatan jenayah.

3. Faktor kejatuhan ekonomi juga memberi kesan kepada peningkatan kadar jenayah. Ramai mengalami masalah kewangan akan mencari jalan tidak beretika bagi mendapatkan wang.

4. Faktor sosiologi, psikologi, falsafah dan agama, Ia terdedah kepada golongan yang tidak beretika, kurang penghayatan agama atau moral atau disebabkan faktor genetik atau ‘bad seeds’. Ada juga teori bahawa peranan penjara hanya membendung penjenayah buat sementara.

5. Faktor Pengaruh televisyen (catharsis VS precipitation) seperti filem ganas yang juga boleh mempengaruhi seseorang itu untuk bertindak ganas atau meniru gaya ditonton. Rumusan ini berasaskan teori ‘jenayah dipelajari’.

6. Faktor sejarah keluarga kerana mendapat bisikan syaitan atau ’demonoglical’ dan kes seperti ini juga sering berlaku di Malaysia dan Barat. Ada kajian berkaitan teori ekologi bahawa wujud ‘thermic law’.

7. Faktor masalah kecelaruan mental juga antara faktor penyumbang kepada gejala keganasan, pembunuhan kejam atau rogol. Contohnya di negara kita seperti kes pembunuhan Canny Ong dan Norsuzaily Mokhtar. Manakala kes pembunuhan kejam Sosilawati adalah contoh kecelaruan personaliti pelakunya yang lebih dikenali sebagai psikopatik atau sosiopatik serta mempunyai ‘split personality’.

Walau apa pun, diharapkan di tahun 2011, tidak akan ada kedengaran jenayah seperti ini? Mustahil kah? Semua pihak harus bekerjasama menyumbang kepada mengurangkan kes jenayah sebegini. Perkukuhkan hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga. Manakala pihak berkuasa terus memperketatkan rang undang-undang dan menjaga kesejahteraan rakyat sementara media massa dan cetak terus memperhebatkan dengan maklumat dan informasi ke arah perngukuhan 'kasih sayang' di antara manusia dengan rancangan-rancangan berbentuk keagamaan dan kerohanian. Selain paling utama peranan keluarga yang harus terus eratkan talian keharmonian kekeluargaan.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun

Macam ini punya cerita pasal kalah main bola pun lih ada cerita camni, siap masuk surat khabar plak tu! Inilah barulah sikap yang tidak profesional dan tidak sportif! Apa punya pemberitalah...Aduyai! Pasal bola sepak sampai ke dukun-dukun pula? Aku bersyukur rakyat Malaysia dan wartawan Malaysia tidak berfikiran sempit.


AKHBAR NonStop dakwa Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.
SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh.

Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain. Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam. “"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia.

“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil.

Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Filem Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)

Hikayat Merong Mahawangsa
Filem ke-8 terbitan KRU Studios tamat sesi penggambaran


Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).

Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.

Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Hikayat Merong Mahawangsa dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010.

KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama kepada MOSTI dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana banyak membantu dalam pembikinan filem ini. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.

SENARAI KREW & KAKITANGAN

Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim

SENARAI PELAKON

Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Best Places 2011, New Year Eve Countdown in KL and PJ Area

Tiba masa satu lembaran tahun baru akan menjelma, Tahun 2011, Jadi apabila kita duduk kembali dan renung-renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2010 dan pastinya kita berharap untuk tahun 2011 ia akan kali lebih baik, Tiba tahun baru ini juga pasti ada yang sudah merancang bersama keluarga atau teman-teman untuk meraikan tahun 2011.   Berikut adalah senarai yang dikompilasi beberapa tempat yang biasanya menjadi tempat untuk bergembira dan bersantai atau melihat 'pesta malam' yang disediakan penganjur pada tahun baru 2010. Sempena 2011, Jadi ni adalah 11 destinasi yang menjadi tempat tumpuan antaranya Sunway Pyramid ke Sungei Wang, belum lagi Genting Highlands, Mutiara Damansara, 1 Utama dan Solaris!

Jadi dimanakah pilihan destinasi anda? (Peringatan: Enjoy! Enjoy juga, tapi kawal diri okeh!)



(1) 1 Utama Shopping Centre, PJ
1 Utama hanya memerlukan perjalanan sekitar 5min dari The Curve dan Ikea.Untuk keterangan lanjutan, visit www.1utama.com.my or call 03-7710 8118.

(2) Mutiara Damansara, PJ
Keterangan lanjut, sila hubungi 03- 7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my (The Curve), hubungi 03-7725 0277 (e@Curve), atau hubungi 03-7720 7333 atau layari www.ikano.com.my (Ikano).

(3) Genting Highlands, Pahang
Maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com.

(4) Pavilion Kuala Lumpur, KL
 Untuk maklumat lanjut, lawati www.pavilion-kl.com atau hubungi 03-2118 8833.

(5) Solaris Mont’Kiara, KL
 Maklumat lanjut, layari www.sunrisebhd.com.

(6) IOI Boulevard, Puchong
 Maklumat lanjut, sila layari www.myioi.com atau hubungi 03-8064 8833.

(7) Centro Mall, Klang

 Untuk maklumat lanjut, layari www.centro.com.my atau hubungi 03-3343 3011.

(8) Sungei Wang Plaza, KL
 Maklumat lebih lanjut, sila layari www.sungeiwang.com atau hubungi 03-2148 6109/ 03- 21426636.

(9) Tropicana City Mall, PJ
Untuk keterangan lanjut www.tropicanacitymall.com atau hubungi 03-7710 0101.

(10) Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Untuk ke Dataran Merdeka: Gunakan Light Transit Railway (LRT), Masjid Jamek Station, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC & Ampang Park biasanya pihak pengurusan akan melanjutkan operasi sehingga 2 pagi untuk Sambutan Tahun Baru

(11) Bukit Bintang
Merupakan lokasi tumpuan utama di Lembah Klang, setiap kali sambutan Tahun Baru, biasanya akan diadakah persembahan bunga api yang sangat menarik. Tapi sentiasa akan padat lah! Sesak dan Menyeksakan, Siapakah nak seksa diri berhimpit, Silakan!

Untuk ke Bukit Bintang: Gunakan Monorail, Bukit Bintang Station (biasanya untuk Tahun Baru mereka akan buka sehingga ke 3 pagi). Tahun ini tak pasti!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Langgar Buaya | Tayar Kereta Pecah dan Terbabas !

Malaysia yang memang terkenal dengan flora dan faunanya. Itu kita tak nafikan! Kes-kes langgar haiwan ternakan memang banyak sangat-sangat terutamanya kucing, katak, ayam...dan haiwan-haiwan liar pula ular, tapir, babi hutan dan yang terbaru ini pula buaya! Nampaknya haiwan-haiwan liar ini macam dah bagi signal diorang dah tak cukup tempat dah...Manusia jer yang ceroboh tempat diorang, kali ini diorang pulak nekad ceroboh tempat manusia.....huhuh! Tapi yang paling banyak sekali langgar.....langgar undang-undang.

Berikut keratan akhbar dari metro:

Berjaya ditangkap: Sarjan Misai bangga bergambar bersama buaya.
TAWAU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar buaya tembaga lebih tiga meter yang melintas di Jalan Apas, Batu 5, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya terkejut apabila mendapati buaya itu melintangi jalan.

Pemandu terbabit bagaimanapun gagal mengelak melanggar reptilia itu menyebabkan tayar Proton Wira dipandunya pecah sebelum terbabas ke dalam parit di kanan jalan. Namun, mangsa tidak cedera, tetapi buaya tembaga betina dianggarkan seberat lebih 150 kilogram parah di mulut.

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya menyangka haiwan yang melintangi jalan itu biawak kerana keadaan jalan agak gelap, namun tanggapannya meleset sebaik menghampiri dan mendapati ia buaya.

Sejurus kejadian, pemandu itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk menyelamatkan haiwan berkenaan yang cedera selain bimbang menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Steven berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada pemandu berkenaan.

“Sebaik tiba ditempat kejadian, buaya itu masih bergerak dan tersepit di dalam parit.

“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan,” katanya.

Julius berkata, buaya tembaga itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Sekitar Jualan Tiket Akhir AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta

Belum lagi bermula perlawanan akhir AFF Piala Suzuki 2010 pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia, Nampaknya di seberang selat melaka sudah riuh rendah penyokong-penyokong Indonesia sudah mula membanjiri dan bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket bagi perlawanan pusingan ke-2. fuh! memang penyokong Indonesia sangat-sangat teruja untuk memenuhkan Stadium Gelora Bung Karno demi menyemarakkan semangat pemain mereka yang kali pertama ingin bergelar juara baru Piala AFF Suzuki, sama juga di pihak kita Malaysia. Mengejar sejarah kali pertama menjulang tropi berprestij di Asia Tengara ini.

Dilaporkan berlaku peningkatan harga tiket dengan harga tiket yang terendah berharga IDR75,000 (USD8) dan termahal pada harga IDR1 million (USD110)

Mari kita lihat beberapa petikan gambar sekitar jualan tiket di Jakarta, Indonesia.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Bangang | Thailand haram filem kisah gay? Malaysia Bagaimana?

BANGKOK: Badan penapis filem Thailand, Lembaga Filem Nasional Kementerian Kebudayaan semalam mengharamkan sebuah filem kontroversi bertema kehidupan golongan gay bertajuk Insects in the Backyard (Serangga Belakang Rumah).

Daripada 21 anggota lembaga, 13 mengundi menentang filem itu kerana mereka berasa ia tidak bermoral dan berunsur pornografi. Hanya tiga anggota menganggap ia perlu mendapat kelulusan.

Jika pengarah tidak bersetuju, beliau boleh hantar petisyen kepada Mahkamah Pentadbiran, kata Menteri Kebudayaan, Nipit Intarasombat.

Ia menyebabkan pengarah filem itu, Tanwarin Sukkhapisit, memutuskan untuk berbuat demikian.

Saya amat kecewa, kata pengarah itu kepada akhbar The Nation. Agensi

Kat Malaysia ini camana pulak? Takde niat nak follow ker?Kalau aku aku sokong jer filem camni disekat, banyak lagi filem jenis lain lih buat?
Sebenarnya memanglah orang filem akan berkata, "Terbatas lah kami sebagai pengkarya untuk berkarya kalau nak buat filem berusur camni pun disekat?, Bagaimana nak maju?" Mungkin ini lah yang bakal diperkatakan....aku agaklah!


Tapi sebagai pengkarya, takkan la idea kita dan kretiviti kita setakat itu jerk? kalau taklih buat filem unsur sebegini, kita susah nak berkarya atau maju, banyak lagi dan pelbagai genre filem lagi yang boleh kita buat?
Sebagai contohnya, kat negara kita pun nak buat juga filem camni?


Tajuk : Dalam Botol. (Asal tajuk ialah Anu Dalam Botol : Penis In a Bottle)
Penerbit/Screenplay : Raja Azmi Raja Sulaiman.


Ingat lah, fenomena gay ni bukan fenomena COOL ye. Kaum ini ialah kaum yang DILAKNAT ALLAH (kecuali kalau sempat bertaubat sebelum ajal).


Bukan saya pandai-pandai cakap ni. Ada dalam Al-Quran (Surah Hud : Ayat 77 – 83). Terang-terang Allah dah sebut pasal kaum Nabi Luth yang gay/homoseksual ni dalam Al-Quran. Mereka ni di azab Tuhan, diterbalikkan bumi, musnah hancur sama sekali!


Lagipon, bukankah Filem Kita Wajah Kita? Jadi tolonglah, just give me ONE GOOD REASON, apa kebailkan dan manfaat yang termanfaat sesangat sehingga filem bergenre gay ini ingin dipertontonkan, sedangkan kebanyakan yang menonoton filem melayu ini adalah dari generasi muda belia (genreally Muslim) pula tu di Malaysia ini?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Pengantin Baru Mati Tukar Mentol

MUAR: Seorang guru lelaki hanya sempat mengecap nikmat perkahwinan empat hari sebelum meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menukar mentol di rumah keluarganya di Parit Pinang Seribu di sini, malam kelmarin.

Keluarganya cuba membantu, tetapi Shahrizal Salleh, 30, gagal diselamatkan. Polis yang datang menyiasat menghantar mangsa ke ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), tetapi dia disahkan meninggal dunia.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu.

Menurutnya, keluarga Shahrizal dijadualkan mengadakan majlis menyambut menantu, Sabtu ini.

Katanya, persiapan untuk majlis di rumah keluarga Shahrizal sudah hampir siap sepenuhnya.

“Difahamkan, mangsa cuba menukar mentol lampu tanpa menyedari terdapat aliran elektrik menyebabkan dia terkena renjatan, terjatuh dan tidak sedarkan diri

“Keluarganya cuba membantu, tetapi mendapati mangsa sudah tidak bernafas dan menghubungi polis. Mangsa dibawa ke HPSF oleh polis tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan renjatan elektrik itu berlaku.

Shahrizal yang mengajar di sekolah berhampiran kampungnya berkahwin dengan pasangannya yang juga mendiami daerah ini.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami percaya mangsa terkena renjatan elektrik. Keluarga mangsa menuntut jenazahnya di HPSF selepas bedah siasat,” katanya.
Kredit: Metro

Takziah buat keluarganya;
Disamping ia juga menjadi pengajaran, jangan ambil mudah dengan arus elektrik!

Kena ingat juga;
Untuk menukar mentol atau apa yang bersangkutan dengan arus elektrik, Jangan tak tutup suis sebelum tukar? ini yang banyak orang buat..main sumbat jer mentol tu tapi lupa nak tutup suis.Ia sama macam kita menukar plug....selalu kita main terus tarik jer!

Sepatutnya kita haruslah off dulu switch tu! kerana arus elektrik masih mengalir.

Lagi senang cakap! kalau kita ini takde langsung basic electrical jangan memandai nak repair alat letrik

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

27.56 juta orang Penduduk Malaysia 2010

Penduduk Malaysia yang pelbagai etnik, budaya & agama
Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah menunjukkan jumlah keseluruhan penduduk Malaysia terkini adalah seramai 27,565,821 orang.

Dari perspektif dan pecahan mengikut jantina; 14,112,667 adalah golongan lelaki dan 13,453,154 golongan perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus.

Semasa tempoh bancian, dicatatkan 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Laporan itu telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di hari ini.

Kredit: Utusan

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Trailer | HAQ The Movie - Filem Aksi Tempatan 2011

HAQ THE MOVIE, sebuah filem tempatan bergenre Aksi - Thriller hasil buah tangan Nanu Baharudin bersama Jumaatun Azmi dibawah produksi KasehDia Pictures. Filem yang memakan belanja RM2.5 juta ini dijangkan bakal menjengah pawagan pada 27 Januari 2011. Antara yang turut terlibat dalam menaja filem ini termasuklah Sime Darby, Naza Motor Trading Sdn Bdh dan BMW Malaysia.

Boleh dikatakan, HAQ The Movie merupakan filem wajib tonton untuk tahun 2011 nanti. Ia mengisahkan kepada dua orang adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik mula tercetus apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian antara yang betul atau yang salah.

Selain itu filem ini juga menghidangkan penonton dengan babak aksi-aksi menarik dan fantasi yang lebih serius ditambah dengan adegan 'panas' dari pelakon utamanya Ady Putra dan Nanu Baharudin. Selain dari Ady dan Nanu, filem ini juga diperkuatkan Zul Huzaimy, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar dan Zulkifli Ismail.

FAKTA FILEM ‘HAQ’
Genre: Aksi - Triller
Format: Filem
Tempoh Masa: 90 Minit
Bahasa: Bahasa Melayu & English
Penerbit: Jumaatun Azmi
Penerbit Bersama: Nanu Baharudin
Pengarah:
Fairuz Loy (Tv series Susuk, Ayyad, Seri Maya)
C.L Hor (Films Kinta 1881, Purple Mirage, 3rd Generation)

PELAKON UTAMA
Zul Huzaimy
Anugerah : Festival Filem Malaysia: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 2008
Filem : Wayang, KL Menjerit, Lang Buana, Anak Halal, Syaitan

Nanu Baharuddin
Anugerah : Festival Filem Malaysia: Pelakon Pembantu
Wanita Terbaik 2007, Anugerah bintang Harapan 1992
Filem : Congkak, Waris Jari Hantu, Cinta, Pontianak Harum Sundal Malam, Perempuan Melayu Terakhir

Adi Putra
Filem : Histeria, Anak Halal, Akhirat

Raja Farah
Filem : Salon, Anak Halal, Apa Kata Hati

Sama-samalah kita nantikan di pawagan pada 2011 nanti. Sedikit Trailer HAQ The Movie untuk dikongsi...

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Blogger Jenis Apakah Anda?


Kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis blog. Satu perkara yang kita perasan atau tidak adalah setiap penulis blog ini sangat berbeza dalam pendekatan mereka dan juga dalam gaya mereka menulis. Untuk topik sama mungkin ditulis dalam dua bentuk penulisan yang benar-benar berbeza.

Dapatlah disini kita rumuskan beberapa kategori penulis blog berdasarkan tingkah laku mereka berdasarkan nada dan gaya mereka menulis. Antaranya:-

1. Yang Lucu
Penulis blog jenis ini mempunyai satu sifat humor yang bagus , dia mampu menggunakan kelebihan humornya dalam setiap entri yang dibuat dan membuat pengunjung blognya ketawa, walaupun dia hanya menulis pada topik-topik yang ringan dan santai. Dia akan menambahkan jenakanya dan sedikit humor dalam setiap entrinya. Jenis ini penulis-penulis blog sebegini amat sukar dicari, sekiranya anda menjumpai penulis blog sebegini akan akan lebih relax ketika mengunjungi blognya.

2. Yang Mesra
Penulis blog jenis mempunyai mentaliti untuk mudah mesra dan ia bagus untuk dijadikan rakan sejati di dalam blog mahupun diluar. Penulis-penulis blog ini mempunyai satu kualiti yang unik dimana mereka menggalakkan pengunjung blog mereka untuk terlibat sama dalam entri-entri mereka. Ini membuat komuniti blog berjenis mereka mudah untuk terus hidup. Mereka juga rajin untuk mengunjungi blog rakan-rakan mereka!

3. Yang Pemarah/ Meradang Tak Tentu Pasal
Penulis blog jenis amat tidak digemari. Meradang yang tak tentu pasal. Setiap penulisan mereka di dalam blog sentisa tidak pernah lepas dari masalah semua hal yang berlaku adalah masalah bagi mereka. Mereka kerap baran dan kerap 'naik angin' dengan mudah dan kandungan entri mereka akan penuh dengan komen-komen dan tuduhan yang "pedas". Jadi anda cabut sajalah dari mengunjungi blog sebegini! Kalau nak lepak pun takde masalahnya seronok juga membaca entri-entri yang penuh dengan semangat amukan ni. huhuh! Ia akan menjadi kelakar kekadang!

4. Yang Keras Kepala/ Berpendirian "Dia saja yang betul"
Dikenali sebagai "Highly Opinionated" yang mana akan melontar entri-entri mereka luhur dari isi hati mereka. Mereka tidaklah terlalu berdiplomatik dan mereka tidak peduli apa dengan apa yang orang lain lainnya fikirkan, mereka hanya dengan dunianya sendiri. Kualiti terbaik tentang jenis mereka ini adalah mereka sangat tulen berpegang tetap pada pendirian mereka dan tidak mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain.

5. Yang Merendah Diri
Jenis penulis-penulis blog ini jarang juga untuk ditemui. Boleh dikatakan mereka ini jenis "kesayangan mak mertua" kalau jalan tu tunduk memanjang! huhuh! senang juga berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status mahupun jantina seseorang itu! Ia tidak ambil peduli! Sentiasa bersangka baik dengan semua orang sekalipun mereka amat popular di dalam dunia talian.


6. Yang Gila Duit
Kebanyakan daripada penulis-penulis blog ialah yang hanya memikir untuk menjana wang. Terdapat beberapa contoh seperti Shoemoney and John Chow. Mereka akan mempergunakan blog mereka hanya dengan satu matlamat jelas iaitu berpaksikan kepada wang/ duit. Penulis-penulis blog ini boleh jadi sangat membosankan.

7. Yang Malas
Ini ialah kelas penulis-penulis blog yang 'hidup segan mati tak mahu', blog mereka akan bersawang dan tidak diupdate sehingga berminggu-minggu kekadang boleh memakan sehingga berbulan. Kadang-kala mereka hanya menulis dengan entri yang pendek dan ringkas sahaja Mereka sangat tidak produktif dalam menyumbangkan penulisan kebiasaannya mereka ini hadir dari penulis blog melalui fasa dari peringkat awal untuk menulis dan mengenali blog , dan ada juga di mana mereka tidak mahu berblog lagi dan sebahagiannya berhenti blog kerana mereka sudah tidak mempunyai minat untuk berblog ataupun sudah memiliki blog baru.

8. Yang "Social Media"
Sosialitis! yang lebih banyak meluangkan kebanyakan dari masa mereka melayari ke halaman-halaman jaringan sosial. Penulis-penulis blog ini tidak banyak untuk melakukan enti-entri di blog mereka, di mana mereka lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Mereka faham bagaimana untuk memasarkan entri atau artikel mereka. Mereka tidak gemar untuk mempromosi artikel mereka dengan cara biasa seperti "spam". Penulis blog sebegini biasanya mempunyai pengikut-pengikutnya tersendiri.

9. Yang Pembual
Mereka merupakan "talkative" atau lebih tepat lagi sangat peramah dalam komuniti penulis blog. Mereka mempunyai sifat untuk kerap terlibat dalam sesuatu perbincangan dan suka melakukan komen-komen. Penulis jenis ini mudah mendapat rangkaian teman-teman dan tidak lokek untuk memberikan komen-komen dan maklum balas yang positif, Ia sangat membantu terutamanya untuk para blogger yang baru.

10. Yang Pentingkan Kesempurnaan
Setiap orang sangat mementing kesempurnaan, tapi tidak semua mampu melaksanakannya dengan sempurna seperti yang dikehendakan. Penulis blog di bawah komuniti sangat baik dalam melakukan entri-entri yang menarik! Mereka ini boleh dikatakan "workaholics" atau lebih mudah dipanggil "tak kehidupan di luar"...huhuhu! dimana mereka meletakkan diri mereka siang dan malam berblog saja. Ada saja yang mereka ingin lakukan dengan blog mereka demi untuk mencantikkan blog mereka atau meningkatkan taraf blog mereka sehingga mereka puas hati!

11. Yang suka "Copy Paste"
Kebanyakan sangat tidak menyukai blogger jenis sebegini. Mereka kurang menyumbangkan sesuatu yang baru dalam penulisan di blog! Mereka tidak boleh digelar penulis blog sebenarnya kerana kekerapan mereka hanya sekadar membuat salinan dari blog lain atau artikel dari web dan kemudiannya menerbitkan ke dalam blog mereka tanpa meletakkan kredit terhadap penulis asal kandungan artikel/ entri tersebut. Mereka juga digelar sebagai "ketua cetak rompak".

Jadi! dimanakah kedudukan anda sebagai blogger? Hanya anda yang tahu? Apa-apa pun kategori anda! Selamat berblog!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Nuklear | Malaysia rancang bina 2 loji kuasa nuklear 2021, 2022

Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.

Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian.

"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.

Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. – Bernama

Carta alir Loji Nuklear

Tenaga Nuklear Mampu Menjana Elektrik di Malaysia.

Memang sangat menarik! Cadangan kerajaan yang hendak membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak untuk menjana tenaga elektrik dan seterusnya dapat memacukan pembangunan negara yang pesat membangun. Disini mahu kita sama-sama memahami bagaimana penggunaan tenaga nuklear ini dapat dibangunkan di Malaysia..

Penghasilan Tenaga Nuklear

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear...bahan radioaktif dibedil (tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron...neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru...dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil...tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR...proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku...proses ini ialah 'TINDAKBALAS BERANTAI'...tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air...stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik...

Di Malaysia Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi dipertanggungjawab sebagai pusat penyelidikan dan membangunkan tenaga nuklear..

Kos Efektif

Modal permulaan untuk membangunkan loji tenaga hidro dengan loji tenaga nuklear adalah sama, tetapi dalam jangka masa panjang kos operasi loji tenaga nuklear adalah lebih murah kerana ia boleh menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus, selain kos penyenggaraannya yang juga rendah.


Gambaran grafik bagaimana reaktor nuklear berfungsi

Mengapa Beralih Kepada Tenaga Nuklear

Teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantungan kepada minyak dan gas...adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk-produk nilai ditambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara...walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro, tetapi tenaga nuklear dilihat sebagai alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam..sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear pada masa depan, kita boleh juga menghasilkan tenaga hidrogen untuk kegunaan sektor pengangkutan..

Lokasi

Tapak loji tenaga nuklear perlu berdekatan dengan sumber air khasnya air laut bagi proses sistem penyejukan. Jadi untuk membina loji di Malaysia, dimanakah tapak yang paling sesuai?

Kesan Kepada Alam Sekitar

Kelebihan tenaga nuklear kerana ia tidak membabitkan isu pelepasan gas dari rumah hijau.

Bahan Mentah

Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.

Bagi kapasiti yang sama untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.

Bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan, untuk loji tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin.
Loji tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass, loji tenaga bioalkohol berasaskan jagung pula memerlukan 16,100 kilometer persegi kawasan tanaman jagung bagi menghasilkan bioalkohol, manakala loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogass

Kebaikan Tenaga Nuklear
. Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan
- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak
- Pensterian alatan perubatan lebih sempurna
- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

. Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian
- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan
- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga
- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal
- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
- Sinaran nuklear dapat mengubah den tanaman

. Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian
- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah
- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan
- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

. Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik
- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan

Keburukan Tenaga Nuklear
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear

Walau apa pun kelebihan pada tenaga nuklear ini sangat-sangat berguna dan penggunaan tenaga nuklear perlu dibangunkan di Malaysia supaya dapat terus membangun dengan pesat lagi di masa hadapan.Di harap kerajaan dapat membangkitkan isu ini dari semasa ke semasa supaya ia tidak hanya sebagai omongan kosong. Walau bagaimanapun setiap perancangan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan penuh teliti.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.