Your are here: Home // // Nabil Raja Lawak Kantoi

Nabil Raja Lawak Kantoi

Nabil Raja Lawak mengegar industri hiburan apabila 'kononnya' gambar panasnya bercium bersama Qasha [adik kepada Zaris Nelydia pelakon Ahmad Durrah] yang baru berusia 18 tahun mula tersebar di internet. Dikatakan ada tiga keping gambar yang di curi dari simpanan laptop Nabil kemudiannya tersebar yang dipercayai angkara pihak tidak bertanggungjawab.

Malunya toksah cakap lah, bila benda buruk-buruk sampai di pengetahuan orang ramai ditambah pula di dalam dunia yang tanpa sempadan ini, teknologi internet akan memudahkan tersebarnya hal-hal seperti ini dengan pantas sekali. Nabil pula seorang anak muda selebriti yang popular, ramai yang mahu mengikut halnya di dalam dan dilluar termasuk hal peribadinya.

Sebenarnya bagi aku pihak yang menyampai-yampai gambar-gambar Nabil ini pun tak patut, memang tercalar maruah seseorang tu! Tapi mungkin ada orang kata untuk diberikan pengajaran pada pihak yang bersalah tu, kalau tak buat camni diorang tanak sedar diri! Tapi benda ini sangat memalukan bagi aku lah! Aku tetap kesian walaupun jika benar Nabil bersalah! Siapalah kita nak menjatuhkan hukum pada seseorang itukan, Kita hanya insan biasa dan tiada hak untuk menjatuhkan maruah insan lain! Ini pandangan aku! korang mungkin ada pandangan masing-masing. 

Saat Nabil terpeluk Irma di satu Majlis Anugerah! Teruja sangat! Sampai terpeluk plak...huhuhu
Di sini bagi aku, Nabil sepatutnya mengambil ikhtibar dari kes yang berlaku pada Ariel PeterPan, adakah apa yang berlaku pada Ariel tidak menakutkan. Jadi kenapa lah buat perangai camtu! Adoi! sepatutnya Nabil kena fikir dalam-dalam mula-mula masuk ke industri hiburan ini Nabil datang dari mana? kenang keluarga skit, jangan mudah hanyut dalam dunia penuh glamour ini. Sedar-sedar diri! aku pun peringatkan diri sekali ini...Tapi itu lah manusia kan!

Sayang siot! Bakat yang ada dan baru berputik! di musnah oleh beberapa keping gambar yang diambil dalam beberapa saat jer! Lu Fikir-fikirkan la...Kalau Fikir Sendiri camni lah jadinya, fikir-fikir tanya la pada yang lebih berpengalaman dan sepatutnya.

Tapi Nabil mengesahkan gambar itu hanya super superimpose, kalau tanya aku! memang aku nampak Nabil, korang pulak tengok la sendiri...Aku taknak post gambar kat sini, tak sampai hati aku!
Check la kat ieyra.com


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.