You are here: Home // 2012

Hulla AFF Suzuki 2012 | Live Streaming Malaysia vs Malaysia, 28 November 2012

AFF Suzuki Cup 2012 Live Streaming


Malaysia vs Laos
Bukit Jalil National Stadium
28 November 2012
8:45 PM

Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal wajib menang perlawanan ini sekaligus mengutip 3 mata penuh bagi mencerahkan laluan untuk menjadi 2 pasukan teratas dalam kumpulan B mara ke separuh akhir.

Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di RTM saluran TV1 28.11.2012 (Rabu) bermula jam 8.40 malam 

Bagi yang tidak dapat mengikuti siaran langsung di kaca tv,sebagai alternatif lain boleh menonton di internet secara live streaming dengan melayari url (link) berikut 

Untuk tonton secara streaming kami sediakan pautan dibawah:-

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Biar Betik | Kisah Peragut Di Sembelih

Ngeri & Seram (18SG)

Kena pula dah dekat-dekat nak raya korban ini....huih!



Kelantan - 21 Oktober 2012, Begitulah nasib malang kepada 2 PERAGUT yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Pengkalan Kubor. Menurut saksi, Haji Deris Kelaut 48 (bukan nama sebenar), salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua PERAGUT ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher PERAGUT itu tapi sempat dihalang oleh jirannya.

Namun ketika PERAGUT itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada PERAGUT itu. Salah seorang penduduk tempatan, juga ketua kampung disitu pula yang berang pada PERAGUT itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 PERAGUT ini, kaki2 PERAGUT itu diikat.

Dengar takbir yang bergema, dia telah sembelih PERAGUT tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan seekor lembu yang meRAGUT rumput disembelih untuk hari raya korban.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Boleh | Harimau Muda Juara Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup

Tahniah! Malaysia U21 Juara Newspaper Cup 2012


Skuad Harimau Muda yang dibimbing Ong Kim Swee mempamerkan aksi cemerlang untuk meraih kejuaraan sulung bagi Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup 2012 selepas menudukkan pasukan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir hasil jaringan Hazwan Bakri di minit ke-57.
result malaysia vs vietnam newspaper cup 2012 keputusan malaysia vs vietnam final newspaper cup 2012


Malaysia melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Thailand 1-0 pada aksi separuh akhir hasil jaringan Syahrul Azwari

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Motogp | Zulfahmi Cipta Sejarah Tempat Ke-2 di Sepang

Zulfahmi Khairuddin (AirAsia-Sic-Ajo) Raih Tempat Ke-2 di Malaysian Motorcycle Grand Prix @ Sepang


Sukan yang dah lama dipinggirkan oleh ahli-ahli politik sebab takut dikaitkan dengan budaya rempit. Dulu pun ketika era Sharul Yuzy dapat berpuluh-puluh point dalam GP250, rasanya takde kot! orang kenamaan a.k.a VVIP yg ada nak beri ucapan tahniah. Alex Yoong yang asyik DNQ (bukannya DNF) digebang2 macam chempieng (champion) dunia sebab ada politician yang sukakan F1.

Bak kata Karam Singh Walia "Hini Tidak Hadil"

Sapa yg sokong? Tony Fernandez jugak. Yg lain mana?

Anak Malaysia power!

Manakala! Tahniah juga diucapkan untuk pelumba negara dalam kategori Moto2. Pelumba Wildcard negara Hafizh Syahrin yang memulakan perlumbaan di tempat ke 27. Namun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 4!!

Tak ada ice cream free ke?? huuuhuhu.... Berikut keputusan bagi Moto2 & Moto3....Motogp takyah la...bukan ada pelumba Malaysia pun!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Stylo | Kasut Gangnam Style? Op op op op

Ini kasut baru la stylo kalau mau buat tarian Gangnam Style!

Eh~ Sexy lady
Op op op op oppan Gangnam Style
Eh~ Sexy lady
Op op op op
Eh eh eh eh eh eh........ 


Jika tapak kasut rosak jangan nak mengada-gada pi jumpa tukang kasut! 


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Guan Eng | Gempar! TerBUKTI Hina Islam

Ini memang gempar! 


Kat Penang ada scoreboard menunjukkan waktu solat beb...Orang Islam negeri-negeri lain patutnya rasa TERHINA...beb..huhuhu!

Tapi ini pasti takkan masuk TV3 & RTM.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Rasional | Wajarkah pelajar bawa handphone ke sekolah?

Patutkah murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah ? Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan di dalam Draft PeraturanPendidikan Disiplin Murid 2012, kemungkinan murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pada tahun 2013.

Jawapan ringkas aku: Mengada-ngada 

Mungkin positifnya:-

Senang nak check anak - Rasanya ini masalah desakan dari pihak keluarga... nak anak bawak hp supaya senang nak tanya balik jam berapa... nak balik macam mana... har ini tak dapat jemput kena balik naik bas... bla bla bla...macam lah tak boleh nak check jadual waktu anak kan.....benda yang kengkonon nak menyenangkan hidup mereka... akan menyebabkan masalah yang lebih besar....



Hal kecemasan - namun perkara ini sebagai ibubapa boleh mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan nombor telefon sekolah, guru tingkatan malah dua orang pengawal keselamatan sekolah untuk keperluan waktu kecemasan.

Tapi dari segi negatifnya:-


 - Kecurian/ kehilangan - Jadi beban cikgu-cikgu kena buat 'spot check' untuk cari telefon bimbit yang hilang atau dicuri tu!, al-maklum bukan semua pelajar mak bapak mereka mampu nak beli handphone kan..laporan juga perlu di buat malah mungkin perlu berdepan dengan waris yang pelbagai ragam. - menambahkan sakit kepala pihak sekolah untuk mengawalnya.

- SMS/telefon sesama pelajar - tidak mustahil pelajar berbalas SMS di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran malah mungkin ada yang membuat panggilan telefon mengangu pelajar kelas lain.

- Smartfon - Semakin hari makin ramai pelajar yang memiliki smartfon yang kita sedia maklum mempunyai pelbagai fungsi antaranya, GAME, FB, TWITTER, KAMERA DLL. Semua ini tidak sesuai di gunakan di sekolah


- Cikgu jadi takut - Murid naik tocang, cikgu nak 'ngajar' jadi was-was. Jadi mungkin disebabkan ini akan muncul lah cikgu "Lantak ko lah, aku ajar ko tanak ikut sudah?"

Apa-apa pun bagi aku - berlakunya kesan negatif melebihi positifnya dengan membawa telefon bimbit ke sekolah. Apa pandangan tuan/puan?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Apahal | AC Mizal Sentap, Ajak Abby Berdebat

Hek eleh kecoh! Aku tengok Polis takde bising apa-apa pun....


Ekoran dari kelantangan Abby Abadi yang kini semacam sudah menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik.

Berikut antara kata-kata yang dilaungkan Abby berkenaan isu PDRM seperti yang terkandung di dalam rakaman video (klik sini) ketika perhimpunan tersebut.



Matlamat Abby ada positifnya, Dia berani bersuara bagi pihak keluarga-keluarga yang teraniaya untuk memastikan kebebasan buat mereka-mereka yg masih berada di dalam tahanan itu.

Tapi entah apahal, muncul tiba-tiba seorang "hero" yang juga bekas rakan se'berlakon'nya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas'.

Dato' AC Mizal saudagar gelang besi sudah kasi sound dalam twitternya ajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

"Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"


Jawapan balas dari Abby:


Apa ke hal AC ini sentap tetiba ni, ajak berdebat bagai!

Kamon la AC Mizal, buat hal masing-masing, hal gelang pun ko tak settle lagi.

Adakah AC Mizal berhasrat nak menjadi calon dalam PRU13 nanti. Cari perhatian ka?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Siot | Drive-Thru Maybank

Drive-Thru @ Izin lalu Maybank....

Dalam aliran arus budaya pada masa kini, kita tidak lepas dari trend perubahan yang dibawa.

Walaupun sudah wujud sekian lama perkhidmatan Drive-Thru ini di McDonald @ McD. Namun kita tidak bolehlah dengan mudah memandai memperkenalkan tanpa izin Drive-Thru di tempat lain contohnya seperti di Maybank atau selain darinya, mungkin 'mamat; ini tidak mahu membuang tenaga dan masa beratur ke counter atau ATM. huhuhuh....

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Lokap | Uncleseekers Kena Tangkap....

Uncle seekers Kena cekup sudah.....Jadi apa pasni!



Berikut post uncleseekers yang terakhir terhenti pada:

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)

FasaUpdate 5/7/2012 2:45am :


menurut sumber, UNCLESEEKERS telah dipindah daripada Balai Polis SENAWANG ke NUSAJAYA JOHOR.

-------------
UNCLESEEKERS akhirnya telah ditahan di balai polis SENAWANG dalam lebih kurang pukul 10.00pm pada Rabu 4/7/2012. Beliau yang terkenal dengan kontroversi-kontroversi berstatus 'high-profile' telah ditahan dan disiasat. Menurut sumber juga peralatan seperti komputer juga telah dirampas.




Ceciter telah mengikuti isu "Sultan Johor Atau Kerabatnya?" sejak daripada awal lagi. Episod terkini beliau yang terahkir adalah yang ke-64. Hanya tinggal 2 episod seperti yang dijanjikan oleh beliau, tetapi tidak berkesempatan. Kenapa setelah episod ke-64 bukan semenjak daripada awal lagi.
Petikan dari sebuah blog

Apa akan jadi seterusnya, di khabar kini Uncle seekers sudah di bawa ke Nusajaya, Johor Bahru tetapi "adik" kekal di senawang. Ngapa di bawa ke Johor ekk!!! Tak dakwa jer terus ke mahkamah....Sesilap ini mau uncleseekers ini kena "henjut" kat sana...serammm dowh!!! Uncleseekers didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi? Ini makna betullah apa yang ditulis...

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Cool | UncleSeekers Yang Selamba, Walau Bakal Didakwa!

Ini dia...silap hari bulan....bakal blog no.1 Malaysia.....panas siot!

Sejak 2-3 menjak memang aku tengok blog uncleseekers makin panas! Dia bukan setakat cuit-cuit golongan artis-artis jerk! Kini sudah sehingga menjolak sarang besar punyo!! wow...wwoooo....beraanik! beranik...sekali tengok cam carik maut gak! huhuhu...

Tapi mungkin dia sudah siap sedia dengan 'senjata'nya, jika tidak masakan dia mampu terus-terang men'cuit' golongan VVIP ini. Fuh! memang selamba....

Korang tengok la sendiri....Dengan penuh selamba, selepas laporan dibuat supaya Polis membuat siasat kat kenyataan yang dibuat dalam blog panasnya....boleh di jawap penuh selamba
"Bila nak siasat saya? he..he.."

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Damai | Perkampungan Greenland Penuh Warna-Warni

Kenapa kita tak blih buat! 

  Cantik kan! tak perlu pun bangunann yang canggih-manggih....


Tidak tersentuh, terpencil dan sulit dijangkau, Greenland adalah sebuah alam liar di mana banyak jalan yang belum ada, pemandangan yang belum terjamah dan tentu saja membuatkan anda terpesona. Dengan tidak adanya pokok, jalan serta hampir tidak ada orang, pulau ini tentu saja lebih banyak diisi oleh Dwarf daripada manusia. Meskipun sejuk, Greenland adalah sebuah tempat yang tidak boleh dilupakan dengan auroranya yang magis dan rumah-rumahnya yang berwarna-warni.

Kalau dia Malaysia, takde perkampungan yang kita boleh cuba praktik cara seperti yang dibuat ini...cantik juga wooo! tenang mata memandang, jiwa bagai dibuai-buai (huh! kena ke perumpamaan aku buat ini! redah jer...tapi camtu lah maksudnya...TENANG!)






KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: , ,

Hulla Trajis | Patah Kaki Ketika Larian 100m: Georgi Kirilov Georgiev

Perghhh.....seriauuu!

Aduiiih! Georgi Kirilov Georgiev sedang mengerang kesakitan
Memang kita akui, kecederaan atau kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja dalam kehidupan kita, ini termasuk juga dalam sukan. Begitulah apa yang berlaku pada pelari pecut 100m dari Bulgaria, Georgi Kirilov Georgiev ketika sedang bersaing dalam acara 100m di European Championships yang berlangsung di Helsinki.

Saksikan video penuh larian tersebut:-

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Info | Pokok Terbesar Didunia: General Sherman tree

besar punya....General Sherman tree



General Sherman tree! dilaporkan ketika ini adalah merupakan salah satu daripada pokok-pokok yg paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia yang memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Usia dianggarkan diantara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi , tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya. Di tahun 2002 pokok ini pernah diukur sebesar 1487 meter.



Pohon Sherman ini telah memegang gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya. Ia terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.

 Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1.4 meter di atas tanah adalah 7.7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5.3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4.3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Penyakit | Raja Satong

Andakah anda pernah mendengar tentang penyakit "Raja Satong" ini?

Kita tahu, sesuatu penyakit itu adalah ujian daripada Allah SWT kepada hambanya.

Namun apa yang aku tahu penyakit ini sangat merbahaya juga! Tapi sukar ditemui info mengenai dari carian di Internet.

Pokok raja satong yang hidup dengan menumpang pokok besar lain.

Nama Tempatan:Sarang semut 
Nama Saintifik:Hydnophytum Formicarum Jack
Nama Lain:Raja satong, raja stong, ant plant (english), Banghai (filipina),
Famili:Rubiaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hutan
Asal:Tumbuhan tempatan.


Pokok raja satong merupakan tumbuhan jenis epifit yang biasanya tumbuh meliar di hutan. Ia hidup dengan menumpang pokok besar lain. Sekarang ia semakin sukar untuk dijumpai kerana pengambilan tanpa kawalan oleh individu yang mengetahui khasiat pokok ini. 

Khasiat pokok raja satong tidak banyak dibuat kajian secara saintifik oleh pakar tetapi ianya diambil secara tradisional oleh pengamal ubatan herba sejak sekian lama. Ia dikatakan mampu merawat semua jenis  kanser, penyakit hati dan paru-paru.
sumber: klik sini

Menurut pembacaan yang dibuat:-

Penyakit Raja Satong

Adalah sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaannya kebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telinga. Ianya bernanah bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawah kulit, amat merbahayakan pesakit yang mengidapnya. Sebabnya adalah sama seperti bisul.

Rawatannya:
1. Pembedahan akan dilakukan seperti bisul tetapi memerlukan kepada pemerhatian yang amat rapi kerana penyakit ini menguasai dibahagian dalaman.

2. Sekiranya ia berada dalam rongga telinga, ambil pokok Raja Satong kemudian diasah dengan air dan dititikkan ke dalam rongga telinga itu

sumber lain mengenai Penyakit Raja Satong:
intanafis.blogspot.com/2012/01/raja-satong


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Selesai Masalah | Buat Kaki Tidur

Penyelesaian masalah buat si kaki tidur?

Kini tiada masalah lagi? anda bulih tidur ketika di opis, di bilik meeting, kuliah atau dimana saja, hanya perlu lekatkan dimata...anda masih nampak seperti masih concrentrate habis.. padahal anda sedang tidur...huhuhu




KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Kerja | Sambutan Hari Pekerja - 1 Mei

 Sambutan Hari Pekerja - 1 Mei

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah sambutan hati cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei pada setiap tahun. Bukan Malaysia sahaja yang menyambut Hari Pekerja ini, tetapi 1 dunia turut meraikan Hari Pekerja. Tarikh 1 Mei dipilih untuk dijadikan sebagai Hari Pekerja kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang telah diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta wujudkan sistem 8 jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Ianya dikuatkuasakan sejak 1 Mei, 1886.

Adakah bekerja itu boleh dipandang sebagai suatu kewajipan atau tanggungjawab yang mempunyai tujuan yang lebih luas?

Pengertian Kerja:

Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.

Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:

1. Kerja yang bercorak jasmani (fizikal)

2. Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)

Sejarah Sambutan Hari Pekerja ( 1 Mei )

Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856  untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.

Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866  dan membuat peristyharan iaitu:

    “Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.”

Perjuangan ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh  semasa pilihanraya di Kanada  pada tahun 1872, maka  Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh  di Amerika Syarikat  telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-

    “Lapan jam kerja, Lapan jam berekreasi, Lapan jam berehat.”

Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.


Jadi kepada semua selamat Hari Pekerja, Ini termasuklah yang suri rumah sepenuh masa...Selamat Hari Pekerja. Jadi kepada sang suami, hari ini kasi peluang la sikit si Isteri beristirehat, bawa la pergi makan kat luar ke atau bersiar-siar!

Selamat Bercuti.

Sumber:
Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard
Blog CUEPACS
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapan_jam_sehari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla 2X5 | Polis VS Bersih 3.0

Lebih kurang sama! 2 kali 5???

KITA BOLEH MARAH! TAPI TIDAK MEMBERI LESEN UNTUK KITA MENCEDERAKAN ORANG KENA PLAK KITA INI SESAMA RAKYAT MALAYSIA!

Polis TIBAI Bersih 3.0


 

Bersih 3.0 TIBAI Polis


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Duduk dan Bantah | LIVE! Bersih 3.0 @ Dataran Merdeka

Apa itu DUDUK dan BANTAH BERSIH 3.0?

Bersih 3.0 telah dilancarkan serentak seluruh negara dan dunia pada 28 April 2012 neh. Rakyat malaysia yang berada dalam negara atau luar negara dijemput bersama2 84 NGO untuk bersama2 dalam himpunan BERSIH 3.0

Kenapa perlu lancarkan bersih 3.0? Ini yang ramai orang nak sangat tahu.




LIVE! Bersih 3.0 @ Dataran Merdeka - Updated
HANYA PENDAPAT : DEMONSTRASI YANG SEPATUTNYA TERHAD DI SUATU KAWASAN YANG KECIL KINI TERSEBAR LUAR DI SELURUH KUALA LUMPUR DAN DI SAKSIKAN BESAR OLEH JUTAAN PENONTON SELURUH DUNIA...RASANYA TINDAKAN KERAJAAN DAN DBKL KURANG BERKESAN!!!!

3:00 petang: Dilaporkan Gas pemedih mata ditembak ke Jalan Raja Laut
 


Video Perarakan Kumpulan Bersih 3.0 dari Masjid Negara


Bersih di Sabah...bah
 


Sudah start Duduk dan Bantah, Tapi Belum masuk Dataran Merdeka lagi...
 


Suasana makin hangat dan padat..Lautan Manusia
 


Sumber dari LIVE FROM PDRM : Bersih 3.0: Penyokong Bersih 3.0 dikatakan merempuh Polis


1.34 petang: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.
 


sumber facebook PDRM - Kelihatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir turut serta
 


12:55 petang: FRU sudah sampai....mandi air pancut la jawabnyaa.....


12.52 petang: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka. Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis. Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.
 


Lintas Langsung dari Al-Jazeera


Info: Berikut bentuk alat sebenar yang dikatakan LARD - Ia sebuah alat yang besar..bukan hand-held..berbentuk bulat atau bersegi...pihak awam yg mampu beli alat ni buat masa ini cuma syarikat perkapalan besar
 

Bersih di Melbourne
 


Suasana di Brickfield
 


Live!!! dari geng2 topeng perak

Video streaming by Ustream

Off Topic!!! - Bro The Rock support Bersih 3.0
 


Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah. Entah betul entah tidak!!!
 

Video Sekitar Bersih 3.0


Lokasi kedai makan sekitar KL penuh sesak.
 

11.20 pagi: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.
 

Suasana di Masjid India




 
 
Suasana "Bersih menjejaskan perniagaan" di sekitar Dataran Merdeka.  
 
Suasana sesak di Jalan Petaling

 
 
 Himpunan Bersih di Auckland - gambar oleh @Azriel_Chan  
 
Hijau Kuning di KLCC

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.