You are here: Home // Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts

Hulla Lokap | Uncleseekers Kena Tangkap....

Uncle seekers Kena cekup sudah.....Jadi apa pasni!



Berikut post uncleseekers yang terakhir terhenti pada:

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)

FasaUpdate 5/7/2012 2:45am :


menurut sumber, UNCLESEEKERS telah dipindah daripada Balai Polis SENAWANG ke NUSAJAYA JOHOR.

-------------
UNCLESEEKERS akhirnya telah ditahan di balai polis SENAWANG dalam lebih kurang pukul 10.00pm pada Rabu 4/7/2012. Beliau yang terkenal dengan kontroversi-kontroversi berstatus 'high-profile' telah ditahan dan disiasat. Menurut sumber juga peralatan seperti komputer juga telah dirampas.




Ceciter telah mengikuti isu "Sultan Johor Atau Kerabatnya?" sejak daripada awal lagi. Episod terkini beliau yang terahkir adalah yang ke-64. Hanya tinggal 2 episod seperti yang dijanjikan oleh beliau, tetapi tidak berkesempatan. Kenapa setelah episod ke-64 bukan semenjak daripada awal lagi.
Petikan dari sebuah blog

Apa akan jadi seterusnya, di khabar kini Uncle seekers sudah di bawa ke Nusajaya, Johor Bahru tetapi "adik" kekal di senawang. Ngapa di bawa ke Johor ekk!!! Tak dakwa jer terus ke mahkamah....Sesilap ini mau uncleseekers ini kena "henjut" kat sana...serammm dowh!!! Uncleseekers didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi? Ini makna betullah apa yang ditulis...

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Duduk dan Bantah | LIVE! Bersih 3.0 @ Dataran Merdeka

Apa itu DUDUK dan BANTAH BERSIH 3.0?

Bersih 3.0 telah dilancarkan serentak seluruh negara dan dunia pada 28 April 2012 neh. Rakyat malaysia yang berada dalam negara atau luar negara dijemput bersama2 84 NGO untuk bersama2 dalam himpunan BERSIH 3.0

Kenapa perlu lancarkan bersih 3.0? Ini yang ramai orang nak sangat tahu.




LIVE! Bersih 3.0 @ Dataran Merdeka - Updated
HANYA PENDAPAT : DEMONSTRASI YANG SEPATUTNYA TERHAD DI SUATU KAWASAN YANG KECIL KINI TERSEBAR LUAR DI SELURUH KUALA LUMPUR DAN DI SAKSIKAN BESAR OLEH JUTAAN PENONTON SELURUH DUNIA...RASANYA TINDAKAN KERAJAAN DAN DBKL KURANG BERKESAN!!!!

3:00 petang: Dilaporkan Gas pemedih mata ditembak ke Jalan Raja Laut
 


Video Perarakan Kumpulan Bersih 3.0 dari Masjid Negara


Bersih di Sabah...bah
 


Sudah start Duduk dan Bantah, Tapi Belum masuk Dataran Merdeka lagi...
 


Suasana makin hangat dan padat..Lautan Manusia
 


Sumber dari LIVE FROM PDRM : Bersih 3.0: Penyokong Bersih 3.0 dikatakan merempuh Polis


1.34 petang: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.
 


sumber facebook PDRM - Kelihatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir turut serta
 


12:55 petang: FRU sudah sampai....mandi air pancut la jawabnyaa.....


12.52 petang: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka. Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis. Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.
 


Lintas Langsung dari Al-Jazeera


Info: Berikut bentuk alat sebenar yang dikatakan LARD - Ia sebuah alat yang besar..bukan hand-held..berbentuk bulat atau bersegi...pihak awam yg mampu beli alat ni buat masa ini cuma syarikat perkapalan besar
 

Bersih di Melbourne
 


Suasana di Brickfield
 


Live!!! dari geng2 topeng perak

Video streaming by Ustream

Off Topic!!! - Bro The Rock support Bersih 3.0
 


Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah. Entah betul entah tidak!!!
 

Video Sekitar Bersih 3.0


Lokasi kedai makan sekitar KL penuh sesak.
 

11.20 pagi: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.
 

Suasana di Masjid India




 
 
Suasana "Bersih menjejaskan perniagaan" di sekitar Dataran Merdeka.  
 
Suasana sesak di Jalan Petaling

 
 
 Himpunan Bersih di Auckland - gambar oleh @Azriel_Chan  
 
Hijau Kuning di KLCC

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Lynas | Perlukah Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas? Himpunan Hijau 2.0 Anti-Lynas

Himpunan Hijau 2.0 Anti-Lynas


" Kejadian yang berlaku di Japan harus dijadikan satu pengajaran yang boleh diambil supaya mengkaji semula pembinaan loji nadir tesebut..
mungkin pembinaan ini merupakan satu kebaikan dan keburukan..
pihak kerajaan haruslah mengkaji baik buruk pembinaan loji tersebut supaya
tidak memberi kesan kepada kesihatan terutamanya rakyat Malaysia.. "















Jika projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi kepada Malaysia. Maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tapi sebelum nak menetang @ mem'boikot' tu, Fahami serba sedikit fakta tentang projek LYNAS ini. Jangan main serbu jerk!

Apa itu LYNAS?

Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

Kenapa Perlunya Hasil Nadir Bumi ini?

Menurut artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, Kita boleh berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Ini kerana ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum ini akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.


Apa yang bodoh dilihat dalam projek ini ialah:

1. Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
    2. Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
      3. Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
        4. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
          5. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

            6. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
              Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

              1. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
              2. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
                3. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
                  4. Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

                    Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

                    1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. 

                    2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu. 

                    3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

                      sumber:
                      www.ieyra.com
                      savemalaysia-stoplynas.blogspot.com
                      wikipedia.org/Lynas
                      www.carigold.com
                      ariffshah.com
                      www.ibnushukran.com

                      KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
                      Share/Bookmark
                      filed under:

                      Hulla Tragedi | Ribut Di Pantai Dalam & Taman Desa, Jalan Klang Lama Pada 25 Januari 2011

                      Ujian Allah SWT.

                      Kejadian ribut petang semalam yang mengakibatkan bumbung 12 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai dan bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa diterbangkan angin.

                      Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink. - Syukur! tidak ada kemalangan jiwa.

                      Kejadian Ribut di Pantai Dalam, Kuala Lumpur



                      Kejadian Ribut di Taman Desa, Jalan Klang Lama

                      KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
                      Share/Bookmark

                      Hulla Rekod | Jumlah Kutipan Filem Di Malaysia Tahun 2011

                      ombak rindu la paling untung...
                      modal dlm rm1 jota jek, hasil kutipan sampai rm11 jota...


                      banyak juga filem yang aku sendiri tidak tahu tentang kewujudannya..

                      JUMLAH KUTIPAN FILEM-FILEM MALAYSIA TAHUN 2011
                      BIL JUDUL FILEM GENRE KOS PRODUKSI MULA TAYANG KUTIPAN KASAR (RM) BILANGAN PAWAGAM
                      1.
                      Khurafat
                      SERAM 1.50 juta 13.01.2011 8.08 juta 66
                      2.
                      HAQ
                      AKSI 2.50juta 27.01.2011 0.80 juta 50
                      3.
                      Sini Ada Hantu
                      SERAM / MISTERI / NGERI 1.20 juta 10.02.2011 1.30 juta 40
                      4.
                      Kembar Siang
                      KOMEDI 1.64 juta 24.02.2011 1.21 juta 59
                      5.
                      Hikayat Merong Mahawangsa
                      SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN 6.82 juta 10.03.2011 6.50 juta 67
                      6.
                      Ratu The Movie
                      PENGEMBARAAN 1.34 juta 17.03.2011 0.20 juta 53
                      7.
                      ...Dalam Botol
                      DRAMA 0.88 juta 24.03.2011 0.57 juta 50
                      8..
                      Cun
                      KOMEDI / KELUARGA / CINTA 1.00 juta 31.03.2011 1.10 juta 41
                      9..
                      Di Larang Masuk
                      SERAM 1.10 juta 07.04.2011 0.75 juta 50
                      10.
                      Senjakala
                      SERAM 1.51 juta 14.04.2011 1.10 juta 63
                      11.
                      Penunggu Istana
                      SERAM 0.60 juta 21.04.2011 0.89 juta 39
                      12.
                      Seru
                      SERAM / MISTERI / NGERI 1.42 juta 28.04.2011 0.87 juta 46
                      13.
                      Momok Jangan Panggil Aku
                      SERAM 2.00 juta 05.05.2011 0.55 juta 53
                      14.
                      Kongsi
                      AKSI 1.82 juta 12.05.2011 8.09 juta 87
                      15.
                      Nur Kasih The Movie
                      DRAMA 2.83 juta 19.05.2011 4.93 juta 61
                      16.
                      Karak
                      NGERI 1.14 juta 26.05.2011 4.28 juta 68
                      17.
                      Toyol Nakal
                      KOMEDI 1.21 juta 02.06.2011 0.19 juta 38
                      18.
                      KL Gangster
                      AKSI 1.51 juta 09.06.2011 11.74 juta 71
                      19.
                      3 2 1 Cinta
                      CINTA / KOMEDI 1.50 juta 16.06.2011 0.98 juta 61
                      20.
                      Rasuk
                      NGERI 1.50 juta 23.06.2011 1.03 juta 64
                      21.
                      Sekali Lagi
                      CINTA 1.50 juta 30.06.2011 2.04 juta 60
                      22.
                      Tolong Awek Aku Pontianak
                      SERAM / KOMEDI 1.22 juta 07.07.2011 0.76 juta 51
                      23.
                      Flat 3A
                      SERAM 1.82 juta 14.07.2011 1.44 juta 62
                      24.
                      Senario The Movie Ops Pocot
                      KOMEDI 1.50 juta 21.07.2011 1.06 juta 60
                      25.
                      Karipap-Karipap Cinta
                      KOMEDI 1.91 juta 31.08.2011 0.28 juta 74
                      26.
                      Hantu Bonceng
                      SERAM / KOMEDI 1.51 juta 31.08.2011 8.53 juta 68
                      27.
                      Raya Tak Jadi
                      KOMEDI / KELUARGA 1.06 juta 15.09.2011 3.64 juta 70
                      28.
                      Bini-Biniku Gangster
                      AKSI / KOMEDI 1.82 juta 22.09.2011 4.71 juta 65
                      29.
                      Libas
                      AKSI / KOMEDI 1.88 juta 29.09.2011 0.93 juta 66
                      30.
                      Al Hijab
                      SERAM 1.62 juta 06.10.2011 2.24 juta 65
                      31.
                      Klipx 3GP
                      SERAM / MISTERI 1.02 juta 13.10.2011 1.14 juta 57
                      32.
                      Sumpahan Puaka
                      SERAM / KELUARGA / MISTERI 0.46 juta 20.10.2011 0.31 juta 42
                      33.
                      Apa Tengok-Tengok
                      AKSI / KOMEDI / MUZIK 1.40 juta 27.10.2011 0.19 juta 45
                      34.
                      Alamak Toyol
                      SERAM / KOMEDI 1.82 juta 03.11.2011 3.47 juta 60
                      35.
                      Abuya
                      DRAMA 1.20 juta 10.11.2011 0.22 juta 57
                      36.
                      Aku Bukan Tomboy
                      KOMEDI / DRAMA 1.51 juta 17.11.2011 2.55 juta 72
                      37.
                      Misteri Jalan Lama
                      AKSI / PENGGEMBARAAN / FANTASI / MISTERI / FIKSYEN 1.71 juta 24.11.2011 1.33 juta 65
                      38.
                      Ombak Rindu
                      DRAMA / CINTA 1.56 juta 01.12.2011 10.79 juta * 73
                      39.
                      Datin Ghairah
                      KOMEDI / CINTA 1.20 juta 08.12.2011 0.36 juta * 47
                      40.
                      Songlap
                      AKSI / DRAMA 1.17 juta 15.12.2011 2.02 juta * 76
                      41.
                      Suatu Malam Kubur Berasap
                      SERAM / KOMEDI 1.81 juta 22.12.2011 1.70 juta * 61
                      42.
                      Papa I Love You
                      KOMEDI / DRAMA 1.50 juta 29.12.2011 51

                      *Kutipan terkini sehingga 30 Disember 2011

                      Dikemaskini Pada 30/12/11 7:02 PM
                      ihsan: FINAS

                      KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
                      Share/Bookmark
                      filed under: ,

                      Hulla Hibur | LEGOLAND Malaysia

                      Taman Tema Legoland Malaysia


                      Bakal dibuka : 2012
                      Lokasi : Nusajaya

                      Info Taman Tema Legoland Malaysia


                    1. Projek pembangunan Taman Tema Legoland Malaysia ini mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta.
                    2. Legoland dibangunkan kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.
                    3. Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara.
                    4. Pas tahunan pra pembukaan - harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.
                    5. Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
                    6. Legoland mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan.
                    7. Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments.











                    8. KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
                      Share/Bookmark

                      Telah di buka sebanyak:

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
                      Copyright © 2010 harian hullahup.
                      Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.