HULLA BRIM | TARIKH AKHIR MEMOHON BRIM 2015 ONLINE - 31 DISEMBER 2014

Maklumat lengkap seperti cara membuat permohonan baru atau kemaskini boleh didapati di laman rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my yang telah dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014

br1m 20151

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014

Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan

Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015  juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M

KATEGORI ISI RUMAH
RM950
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
RM750
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
  • Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
  1. Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
  3. Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

KATEGORI INDIVIDU
RM350
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaIndividu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang

BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 : PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga
31 Disember 2014

terkini Baca: Bayaran BR1M DiPercepatkan Dan Tempoh Pemohonan Dan Kemaskini Dilanjutkan
Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem permohonan di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Info Berkaitan Panduan Pengguna
Sila layari atau klik pada judul pautan dibawah
  1. Cara Membuat Permohonan Baru Secara Online
  2. Cara Membuat Semakan Status Permohonan Secara Online
Baca: Laman Web E-BR1M Sukar Diakses Pengguna pada hari pertama permohonan dibuka
Baca: Punca Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia Gagal

Permohonan secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Untuk memuat turun borang dan panduan permohonan baru sila klik pada judul pautan dibawah
Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan


Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)


BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M TERDAHULU
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0, 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank

Pada BR1M 2015, penerima kategori Isi Rumah dan Warga Emas, diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian

Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2015 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)
Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Penerima BR1M diminta untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan itu dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat berdasarkan maklumat terkini

Klik – Maklumat Lengkap Kemaskini Maklumat BR1M 2015

Disyorkan
  • Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
  • Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
  • Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M
  • Affin Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Am Bank Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Cimb Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Nota:
  1. Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja
  2. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Ustaz Azhar Idrus | Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?

Anda nilai sendiri?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Pecah Amanah | Surat KETUA AUDIT NEGARA berkenaan penyalahgunaan Wang Zakat oleh Jamil Khir

Tak tahu lah! apa nak jadi....aku pun tak tau.....anda nilailah sendiri? 

Setahu aku, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1.

Selain mempunyai latarbelakang pendidikan dari lulusan Universiti Malaya jurusan Syariah (1986) dan Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti Cordova jurusan pengajian Islam. Kemudian belajar di Virginia, Amerika Syarikat 2000 . Seterusnya sambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asnaf Zakat

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:


“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Ada 8 asnaf zakat iaitu: SINI




http://4.bp.blogspot.com/-hW3AiXjtyPU/TvtXNCPoWaI/AAAAAAAAAh4/UKQBhQ6GX3Y/s1600/Salah+guna+wang+zakat+03.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-D086sPo9Mrc/TvtXPy_TSdI/AAAAAAAAAiI/CCbObYUP4vw/s1600/406802_350553421628621_100000218979780_1587700_1089212135_n.jpg


APA YANG SEDANG DIPERTIKAIKAN IALAH DUIT ZAKAT YANG DIGUNAKAN.. TIADA ALASAN KITA BOLEH GUNA APABILA KITA GUNA DUIT ZAKAT ITU PINJAM KAH SELARASKAH TAPI YANG PASTI DUIT ZAKAT DIGUNAKAN.
AMBIL DUIT ZAKAT PINJAM GUNA BAYAR DUIT PEGUAM KEMUDIAN MAI BAYAR BALIK DUIT TERSEBUT. JADI PUSING KOT MANA PUN DUIT ZAKAT TETAP DUIT ZAKAT.

APA KATA SAHABAT ONLINE:
Budak Pomen berkata...
sat aku tak paham; ayat yang hang quote tu kata pelarasan maksudnya duit zakat dah diguna tu dah bayaq balik. Jaddi betui la dah guna duit zakat tu??? Then kalau bayaq balik pun masih salah la kan, pasai tu duit zakat, mana bulih advance untuk kos guaman? Tolonglah, konpius aku?
Din Kuala berkata...
Betoi la tu..kiranya benda tu mmg jadi..sbb tu byq balik..bkn fitnah..adoi..senangnye nak paham..yg x paham..makan pinang byk kot..otak jd keras..
zul berkata...
bole terangkan asnaf no berapa wang zakat tu digunakan? setahu saya ada 8 je asnaf zakat tak tau pulak kalau dah bertambah....? wang zakat haram digunakan,saya ulang ye..haram digunakan...kalau bukan untuk 8 asnaf nie..jadi awak timbang sendiri la..8 asnaf ni pulak ialah :
1. Fakir          5. Riqab
2. Miskin       6. Gharimin
3. Amil          7.Fisabillilah
4. Muallaf      8. Ibnu Sabil
ada tak untuk bantuan guamaan? tak de kan? jadi...bole terangkan tak wang zakat yg telah digunakan tu (tak kira di ganti balik atau tidak ) termasuk dlm asnaf mana?
Disalin dari: SINI

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Sketsa PRU13 | Kantoi Sedang Mencantas Poster

Ketika sedang asyik pasang cantas poster/ banner PR
 
Dah tahu terkantoi, stat motor, apalagi cam calibut cabutttttttttttttt..huhuh

Zoom muka jarak dekat! Tua-tua buatlah kerja yang senonoh skit! aduyai...adalagi manusia berpolitik cara begini dizaman-zaman "transformasi" ni.


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

kredit dari SINI

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Pilihanraya Umum ke-13 | Parlimen & DUN Kelantan


PARLIMEN BAGI NEGERI KELANTAN, 2013



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTIUNDI
P. 019 - TUMPAT
1. KAMARUDIN BIN JAFFARPAS
2. MANSOR BIN SALLEHBN
P. 020 - PENGKALAN CHEPA
1. IZANI BIN HUSINPAS
2. DALI BIN HUSINBN
P. 021 - KOTA BHARU
1. MOHAMAD FATMI BIN CHE SALLEHBN
2. TAKIYUDDIN BIN HASSANPAS
3. MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKARBEBAS
P. 022 - PASIR MAS
1. IBRAHIM BIN ALIBEBAS
2. NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZPAS
P. 023 - RANTAU PANJANG
1. GHAZALI BIN ISMAILBN
2. SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFFPAS
P. 024 - KUBANG KERIAN
1. AHMAD BAIHAKI BIN ATIQULLAHPAS
2. ANUAR BIN SAFIANBN
P. 025 - BACHOK
1. AHMAD MARZUK BIN SHAARYPAS
2. AWANG ADEK BIN HUSSINBN
P. 026 - KETEREH
1. ANNUAR BIN MUSABN
2. AB AZIZ BIN AB KADIRPKR
P. 027 - TANAH MERAH
1. NIK MAHMOOD BIN NIK HASSANPKR
2. AHMAD FIZAL BIN CHE HARUNBEBAS
3. IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZBN
P. 028 - PASIR PUTEH
1. TUAN MUSTAFFA BIN TUAN MATBN
2. NIK MAZIAN BIN NIK MOHAMADPAS
P. 029 - MACHANG
1. AHMAD JAZLAN BIN YAAKUBBN
2. WAN ZAWAWI BIN WAN ISMAILPKR
P. 030 - JELI
1. MUSTAPA BIN MOHAMEDBN
2. MOHD APANDI BIN MOHAMADPAS
P. 031 - KUALA KRAI
1. TUAN AZIZ BIN TUAN HAMAT @ TUAN MATBN
2. MOHD HATTA BIN MD RAMLIPAS
P. 032 - GUA MUSANG
1. TENGKU RAZALEIGH BIN TENGKU MOHD HAMZAHBN
2. WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAHPAS


DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI KELANTAN, 2013



BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTIUNDI
P. 019 - TUMPAT
N. 01 - PENGKALAN KUBOR1. IZAT BUKHARY BIN ISMAIL BUKHARYBEBAS
2. NOOR ZAHIDI BIN OMARBN
3. SAHARUN BIN IBRAHIMPKR
N. 02 - KELABORAN1. WAN HANAPI BIN WAN YAACOBBN
2. MOHAMAD ZAKI BIN IBRAHIMPAS
N. 03 - PASIR PEKAN1. AHMAD BIN YAKOBPAS
2. NIK NORIZA BINTI NIK SALLEHBN
N. 04 - WAKAF BHARU1. CHE ABDULLAH BIN MAT NAWIPAS
2. MOHD ROSDI BIN AB. AZIZBN
P. 020 - PENGKALAN CHEPA
N. 05 - KIJANG1. WAN UBAIDAH BINTI OMARPAS
2. ZALUZI BIN SULAIMANBN
N. 06 - CHEMPAKA1. WAN RAZMAN BIN W. ABD RAZAKBN
2. DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATPAS
N. 07 - PANCHOR1. MOHD AMAR BIN ABDULLAHPAS
2. CHE ROSLI BIN HASSANBN
P. 021 - KOTA BHARU
N. 08 - TANJONG MAS1. KANIDY BIN OMARBN
2. ROHANI BINTI IBRAHIMPAS
N. 09 - KOTA LAMA1. TAN KEN TENBN
2. MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKARBEBAS
3. TAN TENG LOON @ ANUAR TAN B. ABDULLAHPAS
N. 10 - BUNUT PAYONG1. MOHD. FAKHRURAZI BIN ABDUL RAHIMBN
2. RAMLI BIN MAMATPAS
P. 022 - PASIR MAS
N. 11 - TENDONG1. ROZI BIN MUHAMADPAS
2. DATUK HANAFI BIN MAMATBN
N. 12 - PENGKALAN PASIR1. HANIFA BIN AHMADPAS
2. TUAN ANUWA BIN TUAN MATBN
N. 13 - CHETOK1. ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMANPAS
2. AIMI BIN JUSOHBN
P. 023 - RANTAU PANJANG
N. 14 - MERANTI1. MOHD AFANDI BIN YUSOFFBN
2. MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUDPAS
N. 15 - GUAL PERIOK1. MOHAMAD BIN AWANGPAS
2. SHAARI BIN MAT HUSSAINBN
N. 16 - BUKIT TUKU1. MOHD ZAIN BIN ISMAILBN
2. ABDUL RASUL BIN MOHAMEDPAS
P. 024 - KUBANG KERIAN
1. MOHD NOORDIN BIN AWANGBN
N. 17 - SALOR2. HUSAM BIN MUSAPAS
N. 18 - PASIR TUMBOH1. MOHD SYAMSUL BIN MOHD YUSOFFBN
2. ABD RAHMAN BIN YUNUSPAS
N. 19 - DEMIT1. MUMTAZ BINTI MD NAWIPAS
2. WAN MOHD NAZI BIN WAN HAMATBN
P. 025 - BACHOK
1. MOHD ZAIN BIN YASIMBN
N. 20 - TAWANG2. HASSAN BIN MOHAMOODPAS
N. 21 - PERUPOK1. MUHAMMAD ZAIDI BIN SIDEKBN
2. MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSINPAS
N. 22 - JELAWAT1. ILIAS BIN HUSAINBN
2. ABDUL AZZIZ BIN KADIRPAS
P. 026 - KETEREH
N. 23 - MELOR1. MOHAMED OTHMAN BIN OMARBN
2. MD. YUSNAN BIN YUSOFPAS
N. 24 - KADOK1. AZAMI BIN HJ. MOHD NORPAS
2. MOHAMAD BASRI BIN AWANGBN
N. 25 - KOK LANAS1. NIK MAHADI BIN MAHMOODPAS
2. MD. ALWI BIN CHE AHMADBN
P. 027 - TANAH MERAH
1. ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOODPAS
N. 26 - BUKIT PANAU2. BAHARUDIN BIN YUSOFBN
N. 27 - GUAL IPOH1. BAKRI @ MOHD BAKRI BIN MUSTAPHABN
2. WAN YUSOFF BIN W MUSTAFAPAS
N. 28 - KEMAHANG1. DYG SANIAH BINTI AWG HAMIDBN
2. MD ANIZAM BIN AB RAHMANPAS
P. 028 - PASIR PUTEH
N. 29 - SELISING1. ZULKIFLE BIN ALIBN
2. IBRAHIM BIN ISMAILBEBAS
3. SAIPUL BAHRIM BIN MOHAMADPAS
N. 30 - LIMBONGAN1. MOHD RUJHAN BIN SALLEHBN
2. MOHD NAZLAN BIN MOHAMED HASBULLAHPAS
N. 31 - SEMERAK1. ZAWAWI BIN OTHMANBN
2. W HASSAN BIN W IBRAHIMPAS
N. 32 - GAAL1. REDZUAN BIN STAPHABN
2. TUAN MAZLAN BIN TUAN MATPAS
P. 029 - MACHANG
N. 33 - PULAI CHONDONG1. HALIM @ AB HALIM BIN ISMAILBN
2. ZULKIFLI BIN MAMATPAS
N. 34 - TEMANGAN1. AZEMI BIN MAT ZINBN
2. MOHAMED FADZLI BIN HASSANPAS
N. 35 - KEMUNING1. ERIANDI BIN ISMAILBN
2. MOHD ROSELI BIN ISMAILPAS
P. 030 - JELI
N. 36 - BUKIT BUNGA1. MOHD ADHAN BIN KECHIKBN
2. SUFELY BIN ABD RAZAKPAS
N. 37 - AIR LANAS1. MUSTAPA BIN MOHAMEDBN
2. ABDULLAH BIN YA'KUBPAS
N. 38 - KUALA BALAH1. RAMLAN BIN MATPKR
2. ABDUL AZIZ BIN DERASHIDBN
P. 031 - KUALA KRAI
N. 39 - MENGKEBANG1. AZIZZUDDIN BIN HUSSEINBN
2. ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMANPAS
N. 40 - GUCHIL1. MOHD ROSLAN BIN PUTEHPKR
2. MUHAMAD BUSTAMAN BIN YAACOBBEBAS
3. MD NASIR BIN AHMADBEBAS
4. HAJI NIK SAPEIA BIN NIK YUSOFBN
N. 41 - MANEK URAI1. CHE JALAL BIN MUDABN
2. MOHD FAUZI BIN ABDULLAHPAS
N. 42 - DABONG1. RAMZI BIN AB RAHMANBN
2. KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSINPAS
P. 032 - GUA MUSANG
N. 43 - NENGGIRI1. ABDUL AZIZ BIN MOHAMEDBEBAS
2. MAT YUSOFF BIN ABDUL GHANIBN
3. MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE SEMANPKR
N. 44 - PALOH1. AMRAN BIN AB GHANIPKR
2. NOZULA BIN MAT DIAHBN
N. 45 - GALAS1. ABDULLAH BIN HUSSEINPAS
2. AB AZIZ BIN YUSOFFBN

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.