Your are here: Home // // Al-Fatihah....Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Al-Fatihah....Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


 Penyayi berkumpulan yang popular di sekitar era 90-an, Shamrin dari kumpulan Fotograf atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad telah meninggal dunia di usia 45 tahun petang khamis tadi.

Beliau dikatakan rebah ketika sedang berlatih bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Itulah seperti dikatakan ajal, jodoh, pertemuan semua di tangan Allah SWT, seorang yang aktif bersukan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan juga tidak dapat menahan ketentuan ilahi!

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. Selain memiliki himpunan lagu-lagu popular lain seperti Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Al-Fatihah....


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.