Your are here: Home // , // Kanak-kanak ingin jadi artis perlu kelulusan KP Jabatan Tenaga Kerja

Kanak-kanak ingin jadi artis perlu kelulusan KP Jabatan Tenaga Kerja

Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

"Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.

"Tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja mereka tidak boleh bekerja dalam sektor hiburan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Maznah berkata, antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

"Selain itu, mereka tidak boleh bekerja di antara jam 8 malam hingga 7 pagi kecuali dalam bidang hiburan yang memerlukan kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja," katanya.

Melalui pindaan rang undang-undang itu juga, sekiranya kanak-kanak itu bersekolah, mereka tidak boleh bekerja dan bersekolah lebih dari tujuh jam.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan.

"Kementerian memandang serius mengenai penyalahgunaan tenaga kerja kanak-kanak. Melalui Jabatan Tenaga Kerja pemeriksaan berkala sentiasa diadakan di tempat-tempat pekerjaan.

"Pindaan rang undang-undang ini membenarkan kanak-kanak bekerja tetapi waktu bekerja adalah tidak melebihi tujuh jam sehari dan terhad kepada perusahaan yang diusahakan oleh keluarga mereka sahaja atau kerja ringan," katanya.

Sokong sangat sokong!
Sememangnya dari dulu lagi dah patut dikuat kuasakan undang-undang sebegini...Cukup-cukup la tu mak bapak budak-budak ini ber"feeling-feeling" yang anak diorang akan menjadi golongan kaya raya macam Daniel Radcliffe or Emma Watson or The Jackson 5.

Sebenarnya kekadang kita ini pun tak paham apa perlunya budak-budak kecik ini sibuk sangat nak jadi artis mengejar dunia glamour. Contohnya macam rancangan idola kecik ke bintang kecik ke ntah apa lagi, rancagan budak-budak menyanyi tak tentu arah dengan diberikan lagu-lagu dewasa berusur cinta, sementara si mak bapak yang kita nampak terlalu excited dengan ada yang sibuk bagi ulasan pasal nyanyian anak-anak diorang yang konon semakin baik, confident level dah improved la...semua itu mengarut sungguh!
Cuba bagi ulasan pasal prestasi plajaran anak, mengaji anak ker? prestasi sukan anak ker? kan ker lagi bagus?

Sepatutnya budak-budak ini ada di rumah , membuat aktiviti yang bermanfaat contohnya study ker? pergi tuisyen ker? bersukan dan segala macam aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka lah.

Ini tidak kecik-kecik dah disogokkan dengan hiburan yang ntah hape-hape ntah.

Bukan tak boleh berhibur, Ada saluran yang tepat sebenarnya untuk program bakat bagi kanak-kanak ini ; contohnya rancangan realiti kanak-kanak yang lebih islamik dan berkualiti rancangan seperti program realiti ADIK-ADIKKU http://www.islam.gov.my/adik-adikku/index.html yang melatih kanak-kanak menjadi seorang pendakwah cilik yang seba boleh. Ia sudah masuk mula musim kedua... menarik rancangan ini.. :-) lebih sesuai untuk kanak-kanak.


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.