Your are here: Home // // Kerajaan Nafi Planet Nibiru Akan hentam Bumi

Kerajaan Nafi Planet Nibiru Akan hentam Bumi

Kerajaan pada Selasa menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas. - BERNAMA

Planet Nibiru atau Planet X merupakan istilah yang dipakai oleh para ilmuwan untuk sebuah benda seperti planet kita dan planet-planet lainnya yang kita kenal. Planet Nibiru memiliki orbit mengelilllingi matahari selama 3600 tahun, masa dari planet nibiru adalah 100 kali lebih besar dari bumi.

Gambaran Pelanggaran Planet Nibiru oleh Pelukis
Kalau tengok kepada perbualan telefon rancangan Coast to Coast AM di youtube berkenaan planet X ni. Cerita pasal planet ni dah lama. Cuma minggu lepas cerita ni naik balik disebabkan muncul satu kelibat objek yang tidak dapat dikenalpasti di depan satelit pencerap matahari milik NASA.

Kalau benarlah ia berlaku, Asia tenggara akan lenyap sama sekali ditenggelami lautan. Jadi tak perlu buang masa nak cuba selamatkan diri. Pejam mata dan mengucap. Tunggu saje gelombang tsunami setinggi beberapa kilometer menenggelamkan satu semenanjung. Walaupun aku dapati cerita kemusnahan 'biblical proportions' ini menarik, namun kita kenalah bersikap sceptical dan jangan percaya bulat-bulat. Yang bawak cerita ni mungkin membesar-besarkan cerita atau kelentong semata-mata.

Kalau di Malaysia, orang kita taksub dengan cerita tahyul hantu pontianak, orang putih pula taksub dengan UFO,alien & Nibiru.

Tapi bagi kita yang waras dan Islam ini, Angkasa yang dicipta Allah ni terlalu luas utk mana-mana objek berlanggar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi planet. Kebarangkaliannya sangat kecil. Jadi tak perlu nak risau sangat. Komet-komet yang tiap-tiap tahun mengelilingi matahari pun tak pernah menghentam mana-mana planet, kecuali beberapa insiden jer. Ini ditambah lagi dengan Planet Jupiter yg sangat besar. Mampu untuk menyerap segala hentaman objek dari luar Sistem Suria. Jadi tak perlu risau sangatlah pasal kena hentam planet bagai. 

Itu semua kerja Allah Yang Maha Esa.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.