Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.
Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian.
"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. – Bernama
Carta alir Loji Nuklear |
Tenaga Nuklear Mampu Menjana Elektrik di Malaysia.
Memang sangat menarik! Cadangan kerajaan yang hendak membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak untuk menjana tenaga elektrik dan seterusnya dapat memacukan pembangunan negara yang pesat membangun. Disini mahu kita sama-sama memahami bagaimana penggunaan tenaga nuklear ini dapat dibangunkan di Malaysia..
Penghasilan Tenaga Nuklear
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear...bahan radioaktif dibedil (tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron...neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru...dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil...tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR...proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku...proses ini ialah 'TINDAKBALAS BERANTAI'...tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air...stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik...
Di Malaysia Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi dipertanggungjawab sebagai pusat penyelidikan dan membangunkan tenaga nuklear..
Kos Efektif
Modal permulaan untuk membangunkan loji tenaga hidro dengan loji tenaga nuklear adalah sama, tetapi dalam jangka masa panjang kos operasi loji tenaga nuklear adalah lebih murah kerana ia boleh menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus, selain kos penyenggaraannya yang juga rendah.
Gambaran grafik bagaimana reaktor nuklear berfungsi |
Mengapa Beralih Kepada Tenaga Nuklear
Teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantungan kepada minyak dan gas...adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk-produk nilai ditambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara...walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro, tetapi tenaga nuklear dilihat sebagai alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam..sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear pada masa depan, kita boleh juga menghasilkan tenaga hidrogen untuk kegunaan sektor pengangkutan..
Lokasi
Tapak loji tenaga nuklear perlu berdekatan dengan sumber air khasnya air laut bagi proses sistem penyejukan. Jadi untuk membina loji di Malaysia, dimanakah tapak yang paling sesuai?
Kesan Kepada Alam Sekitar
Kelebihan tenaga nuklear kerana ia tidak membabitkan isu pelepasan gas dari rumah hijau.
Bahan Mentah
Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.
Bagi kapasiti yang sama untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.
Bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan, untuk loji tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin.
Loji tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass, loji tenaga bioalkohol berasaskan jagung pula memerlukan 16,100 kilometer persegi kawasan tanaman jagung bagi menghasilkan bioalkohol, manakala loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogass
Kebaikan Tenaga Nuklear
. Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan
- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak
- Pensterian alatan perubatan lebih sempurna
- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia
. Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian
- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan
- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga
- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal
- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
- Sinaran nuklear dapat mengubah den tanaman
. Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian
- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah
- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan
- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini
. Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik
- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan
Keburukan Tenaga Nuklear
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai
. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi
Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear
Walau apa pun kelebihan pada tenaga nuklear ini sangat-sangat berguna dan penggunaan tenaga nuklear perlu dibangunkan di Malaysia supaya dapat terus membangun dengan pesat lagi di masa hadapan.Di harap kerajaan dapat membangkitkan isu ini dari semasa ke semasa supaya ia tidak hanya sebagai omongan kosong. Walau bagaimanapun setiap perancangan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan penuh teliti.
Post a Comment