Your are here: Home // , // Tarif Elektrik Mungkin Naik Tahun Depan, Rakyat Terbeban ker?

Tarif Elektrik Mungkin Naik Tahun Depan, Rakyat Terbeban ker?

Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau harga arang batu, yang akan mengimbanginya.

"Kami menganggarkan bahawa kenaikan satu peratus mata dalam tarif, akan menaikkan pendapatan 2012 Tenaga sebanyak lapan peratus. Namun ia boleh diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan enam peratus harga gas asli tetap," kata sebuah firma penyelidikan.

Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu, yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan 2010.

Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik.

Harga arang batu Newcastle meningkat kepada US$109 satu tan pada masa ini daripada US$85 tan (US$=RM3.61) yang digabungkan dalam struktur tarif Tenaga yang sedia ada.

"Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan.

"Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itu kini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya.

Mengenai surat persefahaman antara Tenaga dan National Trading Company (NATCO) untuk bekerjasama dalam aktiviti khusus dalam industri tenaga di Yemen, firma penyelidikan itu berkata: "Jika perkara itu menjadi kenyataan, Tenaga dijangka memulakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan di Yemen.

"Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketara terhadap kumpulan dalam tempoh sederhana."

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenaga dengan nilai adil RM9.00.

- Bernama

Jadi kita sebagai rakyat apa yang dapat kita buat, Gula naik kita rakyat diminta kurangkan gula, harga ayam naik, kita rakyat diminta kurangkan makan ayam, makan lah daging, minyak petrol naik, kita rakyat nak buat apa? Jawapan kita gunakan pengangkutan awam yang disediakan! Dan Terkini tarif elektrik naik, kita rakyat disarankan kurangkan penggunaan tenaga elektrik, Jadi bila esok lusa bila tiba harga beras naik? Kita rakyat diminta kurangkan makan beras. Huhuhu (mamang tak arrr!)

Kita rakyat Malaysia! Malaysia Boleh ye tak? huhuhu! Berkorban untuk kerajaan.....huhuh!

Apa-apa pun aku kongsikan bersama tips/ panduan penggunaan penjimatan elektrik


Share/Bookmark

1 response to "Tarif Elektrik Mungkin Naik Tahun Depan, Rakyat Terbeban ker?"

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.