Your are here: Home // // Warisan Merdeka 100-Tingkat - Bangunan Tertinggi di Malaysia Perlukah?

Warisan Merdeka 100-Tingkat - Bangunan Tertinggi di Malaysia Perlukah?


Warisan Merdeka atau dalam bahasa inggeris "Heritage of Independence" adalah menara mega yang mempunyai 100-tingkat yang akan dibina dan bakal menjadi mercu tanda baru di Malaysia. Ia dianggarkan menelan kos sebanyak RM5 bilion dan dijangka siap dibina pada tahun 2015, Secara tidak langsung ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia selepas Petronas Twin Towers.

Tempat yang bakal di bina Mercu tanda baru di Malaysia: berhampiran Stadium Negara dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur

Ini akan didirikan di tanah berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Di samping kedua-dua stadium tersebut juga harus dipertahankan sebagaimana warisan sejarah kebangsaan. Projek ini akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

sumber: The Star

Bukan untuk menghalang pembangunan! Kekadang itu ada juga sedikit kehairanan, kenapa 5 billion yang ada itu kita lakukan untuk memperbaiki hal-hal yang kita PERLU pertingkatkan seperti pengangkutan, kesihatan, pendidikan, kemiskinan, dan lain-lain. Kerana saya rasakan itulah keperluan yang paling mendesak UNTUK rakyat tersebut. Terutama sekali dikawasan kampung pendalaman yang masih lagi tidak menerima bekalan air dan api sepatutnya, dan jalan perhubungan terutamana sekali di kawasan Sabah dan Sarawak dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Mengapa melewatkan keperluan ini, untuk melaburkan duit rakyat/ pelabur membina menara mega sebegini?


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.