Your are here: Home // // Ahmad Dhani pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9)

Ahmad Dhani pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9)


Teka-teki siapakah Pilihan pihak produksi Astro untuk Pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 akhirnya terungai apabila disahkan bahawa ketua kumpulan Dewa dan juga komposer lagu berasal Indonesia, Ahmad Dhani dipertanggungjawabkan menjadi pengetua AF9 yang bakal membawa satu pembaharuan dan keunikan seterusnya meninggalkan impak kepada peminat-peminat Akademi Fantasi sebagai 'buah tangan' terakhir.

Menurut pihak Astro, Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 ini akan memulakan siarannya April depan.

Sedikit profil Ahmad Dhani

Nama : Dhani Ahmad Prasetyo
Nama Glamour : Ahmad Dhani
Agama : Islam
Tempat Lahir : Surabaya, East Java, Indonesia
Tarikh Lahir : 26 May 26 1972

Berikut adalah mereka yang pernah diberi mandat sebagai Pengetua Akademi Fantasia (AF)terdahulu:-

1. Datuk Freddie Fernandez (AF1)
2. Ramli MS (AF2)
3. M Nasir (AF3)
4. Ramli Sarip (AF4)
5. Ramli MS (AF5)
6. Roslan Aziz (AF6)
7. Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7)
8. Norman Abdul Halim (AF8)

Hullahup Quote:
Apa-apa pun, kita nantikanlah! apakah yang mampu disumbangkan Ahmad Dhani! Jadi ada berkemungkinan kita akan lebih banyak diperdendangkan 'anak-anak murid' dengan lagu-lagu dari Indonesia kot!
Menuju Puncak.....


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.