Your are here: Home // // Ana Raffali Meroyan

Ana Raffali Meroyan

Sekarang siapa yang tidak kenal Ana Raffali, beliau kini dikatakan mula 'buat perangai' sejak meraih populariti selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke-25 baru-baru ini dan tersenarai dalam top 5 untuk Anugerah Bintang Popular bagi kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Insiden ini dikatakan berpunca dari ‘pertikaman’ di twitter yang berlaku antara Ana dengan seorang blogger (artikel itu dikatakan ditulis oleh sebuah akhbar tempatan). Ana dalam Twitternya dilaporkan cuba menegur secara berhemah seorang blogger itu yang bercerita mengenainya halnya.

Menurut kata Ana dalam twitternya itu, dia membawa nama bapanya, jadi dia tidak mahu jika cerita yang ditulis oleh media atau blogger tanpa merujuk pada dirinya dahulu.

Itulah penangan untuk kepada sesiapa diluar sana yang ingin menceburi di dalam dunia yang penuh glamour ini, mereka perlu bersedia untuk menempuh 'ombak dan badai' di dunia glamour ini yang penuh kontrovesi dan pelbagai cabaran.

Tindakannya menegur di laman sosial itu boleh diandaikan sebagai tindakan kurang bijak walaupun matlamat hanya untuk menegur dengan cara baik.

Jadi buat Ana Raffali...Selamat Maju Jaya!

Ia dikatakan berpunca dari artikel yang dikeluarkan oleh OhBulan!

Ana Raffali cepat melatah!

Alahai, artis baru ini memang terkenal dengan baju kurung, ala-ala wanita melayu terakhir. Tapi, perangai tidak pula macam yang disangkakan sebab ada attitude problem yang memeningkan kepala orang-orang penganjur. Al-kisahnya, ketika berlangsung siri jelajah promosi untuk sebuah anugerah di selatan negara, artis baru ini buat hal dengan orang-orang penganjur kerana tidak menepati masa, displin memang zero.


Sepatutnya, mereka kena bertolak daripada hotel sekitar pukul 11.30 pagi. Lantas, pihak penganjurcall artis baru ini untuk bersedia, kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Kemudian, mereka mengingatkan lagi artis baru itu pada pukul 10 pagi. Nak dijadikan cerita, 5 minit sebelum 11.30, pihak penganjur sekali lagi menghubungi artis tersebut, namun dia membalas pendek, ‘nak iron baju kurung.’


Okay fine, orang penganjur kata, mereka tak kisah kalau artis baru itu lambat turun 5-10 minit. Tapi, kalau sudah lambat lebih 1 jam, apa nak cakap?


Semasa menunggu artis baru ini, orang penganjur turun daripada bas sebab bosan menunggu batang hidung artis baru ini yang tak muncul-muncul. Mereka sempat borak-borak layan rokok, pergi tandas & bercerita pasal perangai artis baru ini. Bila penganjur telefon, artis baru ini cakap, “on the way“. Macam jauh sangat on the way, kekdahnya turun lif pakai gitar ke?


Akhirnya, tepat 1 jam 5 minit menunggu, artis baru ini turun ke bas, buat muka selamba tak bersalah. Kasihan’lah sikit dekat abang-abang polis yang kena escort bas artis baru ini. Sudah’lah kena tunggu, cakap sorry sikit tak boleh ke?


PA dia pun satu hal, tolong ingatkan dia tepati masa. Bukan apa, artis ini berbakat, jangan kerana sebab kecil, orang tak mahu ambil kerja. Do your best!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.