Your are here: Home // // Australia bertemu Jepun di pentas akhir Piala Asia 2011

Australia bertemu Jepun di pentas akhir Piala Asia 2011


Piala Asia 2011 di Qatar akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan mempertemukan dua gergasi asia di pentas final. Australia nyata berada di prestasi terbaiknya apabila membelasah Uzbekistan dengan jaringan yang besar 6 gol tanpa balas.

Aksi terdahulu yang pernah menemukan kedua-dua pasukan di pentas antarabangsa

Sementara itu, satu lagi perlawanan, Jepun berjaya menundukkan Korea Selatan 3-0 melalui tendangan penalti selepas keduanya terikat dengan jaringan dua sama dalam permainan masa sebenar.

JEPUN [2] pen (3)
36′  Ryoichi Maeda
98′ Hajime Hosogai
120+1′ (GP) Keisuke Honda
120+3′ (GP) Shinji Okazaki
120+7′ (GP) Yasuyuki Konno
JEPUN
KOREA S [2] pen (0)
Sung-Yueng KI  23′  (penalti)
Jae-Won Hwang 120′
UZBEKISTAN [0] AUSTRALIA
AUSTRALIA [6]
Harry Kewell 5′
Sasa Ognenovski 34′ 
David Carney 65′ 
Brett Emerton 74′ 
Carl Valeri 82′ 
Robbie Kruse 83′

Untuk rekod kejohanan, Jepun telah muncul juara bola sepak Piala Asia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1992, 2000 dan 2004 manakala Australia masih belum berjaya melakukannya kerana mereka baharu sahaja menjadi ahli Asian Football Confederation (AFC) pada tahun 2005. Tarikh perlawanan akhir Piala Asia 2011 ialah pada 29 January 2011 dan akan berlangsung di Khalifa Stadium, Qatar.

Hullahup Quote:
Nampak bayang-bayang seperti akan muncul juara baru dalam edisi kali ini?
Bilalah agaknya pasukan kebangsaan kita pula akan menjejak di pentas akhir Piala Asia ini.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.