Your are here: Home // // Dato' Seri Samy Vellu Dalam Kenangan Rakyat Malaysia

Dato' Seri Samy Vellu Dalam Kenangan Rakyat Malaysia


Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu atau lebih dikenali Dato' Seri Samy Vellu akhirnya dan secara rasmi mengundurkan diri dari jawatannya selaku Presiden MIC dan melakarkan rekod selaku presiden MIC yang memegang jawatan tersebut yang terpanjang dan masih hidup, beliau telah memimpin parti tersebut selama hampir 31 tahun sejak 1979.

Seperti apa diperkatakan Perdana Menteri dalam Persidangan Barisan Nasional 2010, "Kami akan merindukan Dato' Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna ... kadang terlalu banyak warna".

Kerjaya Politik Dato' Seri Samy Vellu: Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum.

Terdapat beberapa petikan dari ucapan Dato' Seri Samy Vellu yang pastinya kita ingati selama beliau menaburkan khidmatnya dalam arena politiknya antaranya:-

1. Petikan Dato' Seri Samy Vellu ketika mengulas mengenai Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam satu berita TV ketika dia cuba untuk mengatakan perasaan malunya:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Dato' Seri Samy Vellu ketika berucap dalam sebuah daripada "ceramah" nya:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian satu pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan Samy Vellu mulia menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Merupakan salah satu kenyataan kegemaran Dato' Seri Samy Vellu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kerja Raya Malaysia:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Mengulas ketika negara berhadapan krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Ketika mengulas tentang masalah sosial masyarakat:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Semasa dalam satu program menderma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Dalam sidang ketika beliau memulakan sesi ucapannya:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. Dato' Seri Samy Vellu ketika gempar kes Al-Arqam, ia dipetik berkata dalam sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Pada upacara perasmian untuk bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan dialog paling tidak dapat dilupakan rakyat Malaysia, pastinya ia dialog yang diingati sepanjang zaman:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah satu wartawan menjawab, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Untuk Dato' Seri Samy Vellu, kita ucapkan terima kasih kerana mewarnai dan menceriakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. All the best untuknya

Yusoff Chong impersonating Samy Vellu



Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.