Your are here: Home // // Festival Thaipusam: Selamat Bercuti....

Festival Thaipusam: Selamat Bercuti....


Setiap tahun dalam kalendar, kita mesti sering melihat Thaipusam Day, bagi beberapa negeri di Malaysia seperti  negeri Johor, Perak, Penang dan Selangor akan mendapat kelepasan cuti umum untuk perayaan ini.
Selamat Bercuti!

Tahukah anda mengenai Festival Thaipusam..

Festival Thaipusam ini sering dikaitkan dengan membawa kavadi dan susu segar ia antara ritual kepada penganut Hindu ketika menyambut Thaipusam. Pada masa yang sama, ia juga menjana pendapatan kepada mereka yang menjalankan bisnes Kavadi.

Kebiasaanya dua bulan sebelum sambutan Thaipusam, pengusaha yang menjual barang-barang untuk upacara keagamaan masyarakat Hindu ini akan mula sibuk untuk memulakan kerja-kerja membuat kavadi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Sejarah perayaan Thaipusam

Perayaan Thaipusam disambut meriah di negara ini. Perayaan ini cukup sinonim dengan Dewa Murugan. Ia mula bertapak di Malaysia apabila seorang pedagang India, K.Thamboosamy Pillai mengutarakan idea mahu membina kuil untuk Dewa Murugan di Malaysia.

Pillai yang juga merupakan pengasas Kuil Sri Maha Mariamman di Kuala Lumpur telah memilih sebuah gua batu kapur yang terletak di Batu Caves untuk membina kuil tersebut.

Kerja-kerja pembinaan selesai dalam tempoh setahun. Pada 1892, Pillai mengadakan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Ritual yang dipelopori oleh Pillai itu diteruskan sehingga hari ini oleh penganut Hindu.

Bermula dari saat itu, Thaipusam terus diadakan oleh penganut agama Hindu sehinggalah Thaipusam diiktiraf sebagai salah satu perayaan yang tercatat dalam takwim kebangsaan termasuk Deepavali dan Ponggal.

Info Kavadi
Memecahkan kelapa merupakan elemen penting ketika Thaipusam
1. Kavadi merupakan peralatan yang digunakan untuk membawa barang-barang upacara keagamaan.
2. Perayaan Thaipusam julung-julung kali disambut di Kuil Sri subramaniam, Batu Caves pada 1892.
3. Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves merupakan kuil tumpuan utama penganut india di seluruh negara.
4. Penganut Hindu yang memikul kavadi akan membersihkan diri di sungai di kaki bukit atau anak air berdekatan kuil.
5. Pemikul kavadi akan mencurahkan susu yang dibawa di atas tombak yang terdapat di dalam kuil.
6. Amalan yang sinonim dengan Thaipusam ialah memecahkan kelapa untuk memohon rahmat daripada Dewa Murugan.
7. Amalan mencukur kepala dilakukan sebagai simbol kepada kemanusiaan sejagat dan mencetus keinsafan.
8. Bagi memikul kavadi, seseorang itu perlu mengamalkan diet sayuran selama 40 hari. Mereka juga perlu meninggalkan semua aktiviti kehidupan dan lebih banyak sembahyang serta bertafakur.


Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.