Your are here: Home // // Haleeda dan Shah (Pelakon Sembilu) Sudah Kahwin...Siapakah Shah?

Haleeda dan Shah (Pelakon Sembilu) Sudah Kahwin...Siapakah Shah?


Kalau anda baca Harian Metro hari ini, kemungkinan anda teringat kisah sebelum ini yang tersebar di Melodi (TV3) dan Galaksi (TV1)  bertajuk “Haleeda dakwa diserang di lokasi“. merujuk Haleeda yang menyerangnya itu adalah seorang isteri pelakon lelaki.

Tapi bila tengok balik video terjah Melodi tentang kes Haleeda ini, lelaki itu bukanlah seorang pelakon yang dinyatakan tapi seorang Dato’. Makin pelik dan ajaib! Misteri...Tidak pula ada dia mention tentang pelakon lelaki dalam video dibawah ini.


Kiranya ini ada 4 orang lah yang terlibat. Haleeda, Dato’ misteri, pelakon lelaki misteri dan isteri pelakon wanita misteri itu. Siapa yang bersalah? Itu kita kena tunggu lanjutan kisah misteri nusantara nie.

Tup..tup...hari ini......

Haleeda nikah di Thailand

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.


Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.


Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.


Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.


“Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.


“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam.


Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah.


Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan.


Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu.


Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan.


Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media.


Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

Selidik punya selidik.....pelakon tersebut adalah....tidak kenal pun....!
puaslah cari kat senarai pelakon sembilu I, II, III sampai ke sembilu kat TV....haruslah watak orang lalu lalang tidak dimasukkan dalam senarai!! Ingat Awie ker, Mustapha Kamal ker? Roy Azman ker? Sarjan Misai ker? Aduyaiii....

Tapi itulah kan, dulu bila lakinya dirembat orang dia pun frust! kini dia pun amik laki orang juga. adoiii...apa-apa pun selamat berbahagia! tak kiralah dengan siapa pun dia menikah, cuma harap-harap dia berbahagia dengan pilihannya ini, maklumlah dah hampir 7 tahun dia menjanda, lepasi ni kenalah banyak bertolak ansur supaya rumahtangga tu dapat dipertahankan.

Haram aku tak perasan langsung, babak dia kat sembilu time mana? huhu!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.