Your are here: Home // // Jejai dan Fasha Sandha Berpisah Jua

Jejai dan Fasha Sandha Berpisah Jua

Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi
Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri

Itu dia rangkap-rangkap lagu yang dipetik dari lirik lagu Kau Merubah Segalanya - Fauziah Latiff

Percintaan yang tidak selalunya indah seperti apa yang dirancangkan, begitu jua akhirnya berlaku buat pelakon penuh kontroversi Fasha Sandha.


Apabila semalam hari, secara terbuka Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai yang sebelum ini 'lebih mesra' dengan wartawan hiburan tentang kisah-kisah percintaannya, telah membuka mulut apabila semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

Menurut jejai dalam kenyataannya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro:-

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,”

Dengan kenyataan Jejai itu ia sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Tinggal Kenangan: Detik Bahagia Fasha Sandha bersama Jejai

Walaubagaimanapun, para wartawan dan peminat seni mula merasakan sesuatu dari hubungan Jejai dan Fasha Sadhna ini kelihatan retak apabila dikhabarkan pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Hullahup Quote:
Buat Fasha Sadha tak payah lah nak bersedih dan bergundah-gulana sangat! Sekejap jer kot! Sok lusa berderetlah bunga sampai depan pintu rumah nak 'try masuk line'.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.