Your are here: Home // // Hulla Bola | Kelantan Jalin Kerjasama dengan Cardiff City

Hulla Bola | Kelantan Jalin Kerjasama dengan Cardiff City

Menarik sebenarnya idea yang dicetuskan dari Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa untuk menjalankan kerjasama dengan kelab-kelab di Eropah seperti Cardiff City, diharapkan persatuan-persatuan bola sepak negeri lain juga akan menjadikan Kelantan FA sebagai membuka laluan untuk juga memikirkan idea untuk menjalankan kerjasama dengan kelab di Eropah yang supaya ia akan merancakkan dan memperkukuhkan mutu bola sepak negara kita.

Kita sebenarnya perlu akur, kelab-kelab di Eropah ini memang berjaya menguruskan perjalanan kelab mereka dengan profesional sekali. diharap pasukan bola sepak di negara kita akan berjaya meningkatkan reputasi dan kualiti Liga Malaysia di asia dan dunia.

Kita boleh lihat bagaimana persatuan lumba basikal malaysia menjalankan kerjasama dengan persatuan lumba basikal di Australia sejak kebelakangan ini dan ia ternyata memberikan hasil yang lumayan, dengan pelumba-pelumba basikal sudah semakin digeruni di arena lumba basikal dunia. Bandingkan 10 - 20 tahun terdahulu, kita bukanlah antara pencabar di terkuat di lapangan lumba basikal dunia.

Buat Kelantan FA, lakukan dengan secara berterusan dan jangan hanya hangat-hangat taik ayam!

Majulah sukan bola sepak negara.

Cardiff bantu Kelantan jadi skuad terkuat

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan Kelantan (Kafa) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City dalam semua aspek, termasuk pengurusan dalam usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat di negara ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan pemilik kelab Inggeris itu, Datuk Chan Tien Ghee, yang juga rakyat Malaysia dalam mereka bentuk stadium baru.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, hubungan di antara skuad Red Warrior dengan pasukan yang berada ditangga kedua Divisyen 1 Inggeris itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.

"Banyak benda yang dapat kita pelajari daripada pasukan profesional ini dan berharap satu masa nanti, kita boleh menghantar pegawai serta pemain untuk menimba ilmu di Cardiff.

"Sekarang kita meminta pertolongan dari Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana mereka mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil," katanya selepas majlis memperkenalkan pemain Red Warriors 2011 dan pelancaran jersi pasukan itu di sini, semalam.

Tien Ghee yang juga Pengerusi Cardiff City, melancarkan kad keahliran kelab tersebut.

Lebih 1,000 penyokong Red Warriors membanjiri pusat beli belah berkenaan untuk melihat pemain pasukan tersebut, serta trofi Piala Malaysia dan Piala Suzuki AFF yang dipamerkan.

Aksi Nicholas Chan ketika mewakili West Ham suatu ketika dahulu

Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan, 18, turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Skuad Red Wrriors juga akan membariskan lima muka baru iaitu K. Soley, Nurul Izwan Roya, Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi Red Warriors musim 2009, Khalid Jamlus.

Sementara itu, Tien Ghee membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.