Your are here: Home // // Lagu Insya-Allah - Maher Zain Versi Bahasa Melayu

Lagu Insya-Allah - Maher Zain Versi Bahasa Melayu


Maher Zain yang mengecap populariti di Malaysia sebelum ini pernah meluahkan hasrat pada awal tahun 2010 dalam facebook beliau tentang satu kejutan yang bakal dibuat kepada peminat-peminatnya di Malaysia iaitu untuk menyanyikan lagu InshaAllah dalam versi Bahasa Malaysia. Berikut adalah petikan kenyataan Maher Zain mengenai hasratnya itu:-


Mungkin rakyat di Malaysia ini tidak menjangkakan apakah mampu Maher Zain menyanyikan dalam bahasa melayu dengan baik! Tapi nyata ia meleset! Maher Zain menjalankan 'homework'nya dengan baik sekali. Setiap butiran sebutannya jelas, malah maksud lagu pun tak lari jauh dengan versi asal. Lirik lagu mudah difahami sehingga boleh menyentuh mana-mana jiwa yang mendengar.

Tahniah buat Maher Zain! enjoy!


Lirik Lagu InshaAllah (versi Bahasa Melayu)

Andainya,
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya
Andainya
Kisahmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru
Atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya
Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Ya Allah, pimpinkanlah ku dari tersasar
Tunjukkanlah daku ke jalan yang benar
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah
Ada jalannya




Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.