Your are here: Home // // Logo baru bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 dilancarkan?

Logo baru bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 dilancarkan?

Selepas melalui tempoh suram Liga Malaysia (Liga M) sebelum, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba kembali meraih perhatian peminat-peminat setia bola sepak Malaysia supaya kembali bertaut dengan Liga Malaysia.

Bayangan logo baru Liga M yang bakal dilancarkan rabu nanti.

Jadi untuk langkah pertama FAM cuba melakukan perubahan dengan menjenamakan kembali reka bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011.

Dalam kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga merangkap Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Berikut perlawanan Liga Super yang akan bermula 29 Januari ini melibatkan:-

Selangor lwn Kelantan di Shah Alam
Terengganu lwn Sabah
Kuala Lumpur lwn Perak
Johor FC lwn Felda United
Kedah lwn T-Team
Negeri Sembilan lwn Harimau Muda A
Pahang lwn Perlis

Sementara Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu:-

USM lwn PDRM
ATM lwn MP Muar
PKNS lwn Sime Darby
Johor lwn Pos Malaysia
Pulau Pinang lwn Sarawak
Harimau Muda B lwn SDM Navy

Hullahup quote:
Menarik, cuma sedikit pudar! Tapi aku rasa logo sebenarnya nanti pasti akan lebih cerah! Moga dengan pengenalan logo baru ini akan kembali merancakkan Liga Malaysia dan stadium kembali penuh, Ini sebenarnya sedikit sebanyak selepas kejayaan skuad kebangsaan Malaysia di Piala AFF Suzuki. Harapan supaya ini tidak akan melalai FAM dan pemain untuk terus bangkit mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.