Your are here: Home // // LPF Tarik Siaran Sakti Delima

LPF Tarik Siaran Sakti Delima

KECEWA...Sheila terkejut dengan arahan LPF.

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam. Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu.
kredit: HMetro

Hullahup quote:
Memang ada baiknya cerita karut-makrut yang bersepah-sepah disiaran rancangan itu itu dibendung, dan menjadi pegajaran pada pengarah-pengarah yang lain supaya menbuat cerita-cerita yang lebih positif dan membina! sementara itu pihak pengurusan stesen-stesen tv pun harus sama-samalah menghentikan atau mengurangkan cerita-cerita yang karut-marut ini samada dalam Malaysia atau yang luar Malaysia. Nampaknya seperti LPF ini tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat!


Tapi kat sini bagi aku LPF mengarut, tindakannya tidak konsisten! kalau pengarah tempatan buat, bukan main tegas LPF buat kerja, tapi kalau program dari luar cam omputeh yang bikin boleh sajalah plak! lihat rancangan Supernatural yang sudah bermusim-musim tayangannya di TV..masih kukuh dan tidak diberhentikan? Sebab itu juga pengarah tempatan merasakan ia tidak mendatangkan masalah! terkini rancangan Merlin yang mula di siaran semula untuk musim ketiga, dipenuhi dengan sihir sana, sihir sini! (aku minat jugak nengok cerita Merlin ini), lagi cerita indon bersepah-sepah dengan tahyul dan karut lagi yang diluar akal manusia normal tidak pulak diambil tindakan atau diharamkan. Sebagai contoh cerita Ular Emas, adakah ia bukan cerita ke arah ketahyulan a.k.a kekarutan? LPF tidak konsisten langsung!


Mungkinlah, tindakan LPF ini keatas Sakti Delima disebbakan rata-rata pelakonnya menggenakan tudung. Jadi bila ditayangkan di dalam negara atau diluar negara mungkin akan membawa kesan bahawa orang islam percaya tahyul dan karut-marut ini. Tambahan pula watak jahatnya juga bertudung. jadi ia tidak membawa imej islam tu baik.! Apa pun dalam dunia realiti bukan semua yang bertudung itu baik, dan tidak bertudung itu jahat! Yang pastinya bertudung itu wajib!


Apa-apa pun slot seram sebagai contoh di TV3 atau mana-mana stesen yang menyiarakan cerita-cerita berusur tahyul itu hanyalah sekadar cerita yang direka semata-mata!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.