Your are here: Home // // LTdL 2011: Anuar Manan Rampas Jersi Putih Pelumba Terbaik Asia

LTdL 2011: Anuar Manan Rampas Jersi Putih Pelumba Terbaik Asia


Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli) sekali lagi menjuarai LTDL 2011 Peringkat 2 sebentar tadi.

Sementara itu, pelumba harapan negara, Anuar Manan berjaya merampas jersi putih Pelumba Terbaik Asia dari Sungbaek Park (Korea National Team) dan mengutip beberapa mata lagi untuk mengumpul 31 mata keseluruhan selain menamatkan pelumbaan di tempat ke-3 sekaligus kini hanya ketinggalan 2 mata kepada pendahulu jersi kuning, Andrea Guardini.

Andrea Guardini semasa melintasi garisan penamat.

Selain bersaing untuk jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan, Anuar juga bersaing hebat untuk jersi biru bagi pelumba (Raja Pecut) yang juga didahului Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli). Manakala rakan sepasukan Anuar, Mohd Harrif Salleh yang menduduki tempat ke-3 semalam hari ini, agak tenggelam apabila hanya mampu berada di tangga ke-13.

Jersi polka-dot Raja Bukit masih kekal menjadi milik Koen De Kort (Skil Shimano Cycling Team) selama 2 peringkat berturut-turut.

Perlumbaan peringkat keempat akan bermula di Zoo Entrance, Taiping dan berakhir di The Store, Sitiawan merangkumi jarak 144.9 km.

Keputusan Peringkat 2
Kangar - Butterworth

Stage 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Boris Shpilevsky (Tabriz Petrochemical Team)
3: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
Keseluruhan
Overall 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
3: Deon Locke (Team Champion System)

Pendahulu kategori Pelumba Terbaik Asia
Leading Asian 1: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
2: Hamid Shirisisan (Suren Cycling Team)
3: Sungbaek Park (Korea National Team)

Pendahulu kategori Pelumba (Raja Pecut)
Points 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
3: Mohd Harrif Salleh (Terengganu ProAsia Cycling)

Pendahulu kategori Pelumba (Raja Bukit)
Mountains 1: Koen De Kort (Skil Shimano Cycling Team)
2: Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical Team)
3: Andrei Krasilnikau (Chipotle Development Team)


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.