Your are here: Home // // LTdL 2011: Peringkat keenam, Anuar Manan Kedua, rampas Jersi Biru

LTdL 2011: Peringkat keenam, Anuar Manan Kedua, rampas Jersi Biru

Andrea Guardini menunjukkan 'isyarat tiga' ketika melintasi garisan penamat.
PUTRAJAYA, Harian Hullahup: Pemenang Jersi Hijau (Raja Pecut) Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan kembali merampas jersi biru selaku raja pecut kejohanan dengan pungutan 70 mata dari pelumba muda Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri,

Walaubagaimanapun, Anuar gagal untuk menghalang penguasaan Andrea Guardini dari memenangi perlumbaan peringkat buat kali ke-3 selepas memenangi di peringkat 1 dan 2 di Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL) setakat ini. Guardini, 20, sekali lagi membuktikan kehandalan dengan mencatatkan masa 2 jam 14 minit dan 59 saat dalam perlumbaan sejauh 107.0 kilometer dari Rawang ke Putrajaya Loop.

Sementara itu, pasukan Azad University Cycling Team terus kekal mendahului 23 pasukan lain dalam kategori keseluruhan selepas mengumpul catatan masa 54 jam 48 minit 30 saat.

Perlumbaan peringkat ketujuh esok akan menyaksikan kayuhan sejauh 149.5 kilometer dari Jalan Sultan Abdul Samad, Banting ke Tampin.

Keputusan Peringkat 6
Rawang - Putrajaya Loop

Stage 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
3: Takashi Miyazawa (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
Keseluruhan
Overall 1: Libardo Nino Corredor (Le Tua Cycling Team)
2: Jonnatha Monsalve (Androni Giocattoli)
3: Emanuele Sella (Androni Giocattoli)
Pendahulu kategori Pelumba Terbaik Asia
Leading Asian 1: Rahim Emami (Azad University Cycling Team)
2: Ghader Mizbani (Tabriz Petrochemical Team)
3: Hossein Askari (Tabriz Petrochemical Team)
Pendahulu kategori Pelumba (Raja Pecut)
Points 1: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
2: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
3: Boris Shpilevsky (Tabriz Petrochemical Team)
Pendahulu kategori Pelumba (Raja Bukit)


Mountains 1: Jonnatha Monsalve (Androni Giocattoli)
2: Rahim Emami (Azad University Cycling Team)
3: Libardo Nino Corredor (Le Tua Cycling Team)


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.