Your are here: Home // , // Malam Tahun Baru 2011: Pesta Maksiat

Malam Tahun Baru 2011: Pesta Maksiat

Itu dia azam tahun baru cara Barat.....Itu pun belum lagi kita ambil statistik di negeri lain, bandar lain, kampung lain, taman lain, rumah sewa lain.......Jadi pastinya 9 bulan dari sekarang sediakan pula statistik bayi yang dilahirkan (dan dibuang) pada bulan September nanti, dan bulan2 sebelumnya bagi bayi yang tak cukup bulan.

Pelajar IPTA antara ditahan khalwat

Lu orang semua mau sambut tahun baru ala-kapir ker apa?

SHAH ALAM 1 Jan. - Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 140 pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi besar-besaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh negeri ini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan yang ditahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Selangor berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun.

"Salah satu pasangan pelajar IPTA terlibat ditahan kerana bersekedudukan di sebuah hotel.

"Ada juga mereka yang ditahan didapati positif dadah setelah dijalankan ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Kesemua mereka akan dituduh di mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan kelak," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nurhamizah, selain kes khalwat, terdapat 98 kes arahan beredar dan 43 kes yang melibatkan sesi kaunseling membabitkan golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun.

Katanya, jumlah yang diambil tindakan adalah sebanyak 263 orang dari keseluruhan operasi semalam.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengambil berat tentang aktiviti anak-anak di luar rumah.

"Ini kerana didapati mereka yang diberikan kaunseling dan arahan beredar semalam menunjukkan kelakuan yang tidak sopan di khalayak umum,'' jelas beliau.

Malah katanya, ada di antara mereka yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati penguat kuasa dalam menjalankan tugas.

"Diharapkan ibu bapa akan sentiasa memberikan perhatian terhadap aktiviti luar anak-anak dan tidak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap anak-anak mereka," ujarnya.

Nurhamizah memberitahu, operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh Selangor ini disertai oleh sukarelawan JAIS, pegawai masjid, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

Katanya, operasi yang dijalankan pada malam tahun baru itu memberikan tumpuan kepada kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

"Ia melibatkan dua fasa dalam membanteras isu kemungkaran di awal tahun baru dengan fasa pertama memberi penekanan kepada kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan terutama golongan remaja.

"Antara kawasan yang terlibat adalah taman-taman rekreasi dan kawasan-kawasan sambutan tahun baru diadakan manakala operasi fasa kedua lebih menjurus kepada hotel-hotel bajet yang terdapat di sekitar Selangor," katanya.

Operasi yang bermula pukul 11.30 malam itu berakhir pukul 4.30 pagi ini.


Share/Bookmark

1 response to "Malam Tahun Baru 2011: Pesta Maksiat"

  1. benda2 mcm ni byk berlaku pada malam ambang tahun baru,ambang merdeka dan segala macam ambang lagi.Ambang2 mcm ni la yang byk melahirkan anak-anak haram.so,kepada anak2 gadis,tak perlu la keluar sambut malam2 ambang tu.Banyak sangat pesta bukan2..arak dan lain2..

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.