Your are here: Home // // Nadal tersingkir di Terbuka Australia 2011

Nadal tersingkir di Terbuka Australia 2011

Nadal berbual dengan 'trainer'nya ketika rehat
MELBOURNE, Harian Hullahup.blogspot - Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal dikejutkan rakan senegaranya, David Ferrer penuh tragis di suku akhir Terbuka Australia sebentar tadi dengan straight set 6-4, 6-2, 6-3 sekaligus menamatkan impian Nadal untuk mengecapi 'Rafa Slam'.

Dengan kemenangan itu, Ferrer akan menurut jejak juara Grand Slam sebanyak 17 kali juga selaku pilihan ke-2, Roger Federer, Novak Djokovic dan Andy Murray melangkah ke separuh akhir.

Nadal dilihat tampil tidak bermaya dibawah prestasi sebenarnya kerana bergelut dengan kecederaannya, sekaligus memudahkan Ferrer untuk merakamkan kemenangan mudah. Kegagalan Nadal ini juga mengagalkan harapan Nadal untuk menyamai Rod Laver pada tahun 1969 (meraih empat Grand Slam secara berturut-turut).

Sementara itu, Ini akan memudahkan laluan seteru utama Nadal, Federer yang semakin melonjak prestasinya nampak yakin untuk membuka tirai 2011 dengan melangkah ke final.


Perseorangan Lelaki - Separuh Akhir
Novak Djokovic(SRB)[3] lawan  Roger Federer(SUI)[2]
David Ferrer(ESP)[7] lawan  Andy Murray(GBR)[5]


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.