Your are here: Home // // Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sekular

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sekular


Parti KITA Sekular - Zaid Ibrahim

Ketua parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim yakin parti itu akan dapat menarik sokongan masyarakat Islam dengan pendekatan sekular yang diambil parti itu.

Menurutnya ini memandangkan parti itu tidak berselindung dalam menyatakan pendirian sekular dalam menangani isu-isu antara kaum dan agama.

"Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut," katanya.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan menetapkan Malaysia sebagai negara sekular, berbeza dengan negara seperti Iran yang dipimpin oleh ketua agama.

"Kita tak mahu negara seperti itu. Kita mahu wakil rakyat yang menentukan dasar, itu makna sekular," katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas melancarkan parti KITA secara rasmi hari ini.

Berterus terang

Tambahnya, pendekatan yang diambil KITA juga berbeza dengan BN mahupun PAS dengan berterus terang mengenai pendirian sekular parti itu.

"Masalah politik negara kita, kita tak berterus terang dengan rakyat. BN pun kata (Malaysia) negara Islam, PAS pun kata dia (sokong negara) Islam tapi sokong perlembagaan, jadi macam mana?

"  Perlembagaan kita sekular. Kalau kita sokong perlembagaan, bermaksud menyokong institusi sekular.

"Cuma, saya berterus-terang. Mereka tidak, itu saja bezanya," katanya lagi.

Tambahnya, anggota parti itu, yang dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia, tidak akan merasa "tersisih atau tersinggung" sekiranya mereka faham maksud sekularisme itu.

Zaid dalam ucapannya terdahulu berkata, isu-isu melibatkan perundangan Islam akan dapat diselesaikan sekiranya perlembagaan persekutuan dijadikan "prinsip pemandu" parti itu.

Katanya, isu berkenaan termasuk masalah berkaitan rumah ibadat dan konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.

"Islam juga akan terus dihormati sekiranya perlembagaan persekutuan dijadikan undang-undang tertinggi.

"Negara ini diasaskan sebagai negara demokrasi berperlembagaan yang sekular dengan Islam sebagai agama rasmi, maka ia harus kekal sebegitu.

Nilai kemanusiaan

"Untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam sebuah negara berbilang agama, kepercayaan agama tidak boleh menentukan dasar awam melampaui nilai-nilai kemanusian yang diterima umum.

"Jika kita memilih untuk mengabaikan prinsip ini, kita yang akan musnah," katanya lagi dalam ucapan itu.

Apa-apa pun, aku nak puji dulu; logo parti KITA ini sangat menarik dan kreatif! simbolik dari 2 tangan yang menonjolkan peta semenanjung dan sabah dan sarawak....Cool!

Sedikit sejarah  Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)

Laman Web: Parti KITA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) adalah merupakan sebuah parti politik di Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Parti AKIM yang mulanya ditubuhkan berasal dari parti serpihan dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1995, Ia berikutan percanggahan pendapat sesama ahli di dalam parti ketika itu. Terdapat juga beberapa ahli parti Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996. Dalam sejarah politiknya, AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk merebut kerusi-kerusi parlimen di Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi gagal.

Presiden
1995-February 1998: Musa Salih
1998-1999: Mohd Din Nizam Din (memangku)
1999-2002: Mohammad Yusoff
2002-26 Disember 2009: Hanafi Mamat
26 Disember 2009- 15 Disember 2010: Zakaria Salleh
15 Disember 2010-kini: Zaid Ibrahim


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.