Your are here: Home // // Pembantu Rumah Indonesia: Malaysia tidak rugi, Siapa yang Rugi!

Pembantu Rumah Indonesia: Malaysia tidak rugi, Siapa yang Rugi!

Mukadimah

Riuh Rendah! Mengenai kisah Nirmala Bonat, pembantu rumah yang ‘diseterika’ majikannya pada 2004, kematian Mantik Hani dan penderitaan yang ditanggung oleh Siti Hajar Sadli adalah antara kisah duka akibat sikap segelintir majikan ‘kejam’ di negara ini.

Kesan daripada apa yang berlaku, Kerajaan Indonesia mengambil keputusan menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia bermula pada Jun 2009.

Pembekuan itu hakikatnya bukan sahaja menyusahkan ramai rakyat negara ini yang memerlukan pembantu rumah tetapi juga golongan ‘pembantu rumah’ itu sendiri.

Dalam masa sama, di sebalik pelbagai isu yang sengaja dieksploitasikan oleh media negara jiran, ia tidak sedikit pun membantutkan niat puluhan ribu wanita republik itu untuk terus mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Mereka bukan sahaja terdiri daripada yang telah mendaftar secara sah di agensi-agensi pekerjaan tetapi juga menunggu masa untuk menyelinap masuk secara haram melalui pelbagai cara.

Mengapa Malaysia tetap menjadi pilihan pekerja-pekerja wanita Indonesia ini walaupun lebih banyak kisah menakutkan dipaparkan di media massa mereka?

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Di sebalik pembekuan sementara kemasukan pembantu rumah Indonesia, kira-kira 30,000 wanita negara itu hanya menunggu masa untuk dibawa masuk ke negara ini bagi mengisi kekosongan pekerjaan tersebut.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty memberitahu, jumlah itu meningkat setiap hari memandangkan Malaysia adalah negara pilihan utama penduduk negara tersebut untuk mencari rezeki.

"Anggaran ini mungkin lebih berdasarkan sebelum arahan pembekuan sementara pengambilan pembantu rumah Indonesia dibuat, kita biasa membawa masuk kira-kira 10,000 orang setiap bulan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Pada Jun 2009, kerajaan Indonesia mengarahkan pembekuan sementara kemasukan pembantu rumah negara itu ke Malaysia.

Keputusan itu dibuat bagi menyemak kembali syarat-syarat pengambilannya bagi melindungi kepentingan pekerja dan majikan, berikutan kes-kes penderaan yang berlaku.

Ekoran itu, Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia dan Malaysia ditubuhkan.

Bagaimanapun sehingga kini, setelah beberapa kali perbincangan dijalankan, ia masih gagal menemukan kata putus.

Sedangkan dalam masa sama, permohonan untuk memasuki negara ini oleh rakyat negara itu dan keperluan pembantu rumah semakin mendesak.

Alwi berkata, masalah kekurangan pembantu rumah yang dihadapi oleh majikan di negara ini, perlu diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah lain wujud.

"Kedua-dua negara harus segera menyelesaikan rundingan yang sehingga kini masih berjalan dan belum dimuktamadkan.

"Jika perlu pandangan Papa, kami sentiasa bersedia membantu. Mungkin dengan melibatkan agensi pekerja asing kedua-dua negara, perkara yang masih menjadi perdebatan dapat diselesaikan dengan lebih baik," katanya.

Dua isu utama yang belum mencapai kata putus ialah soal gaji dan struktur kos melibatkan bayaran yang perlu ditanggung oleh majikan.

Perkara-perkara yang telah dipersetujui pula ialah cuti sekali seminggu dan kebenaran menyimpan pasport oleh pembantu rumah.

Mengulas kelewatan rundingan ini, dakwa Alwi, ia berpunca daripada kerajaan Indonesia yang tidak mahu memberi komitmen sewajarnya.

"Pihak Indonesia tidak memberi komitmen mereka disebabkan dua isu yang tertangguh itu kurang menguntungkan mereka," kata beliau.

Penderaan Pembantu Rumah Indonesia di Arab Saudi ?
Rakyat Indonesia dan BENDERA membisu? Kenapa?


Laman web Channelnewsasia semalam melaporkan tentang penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berlaku di Arab Saudi. Laman sesawang itu di bawah tajuk berbahasa Inggeris "Indonesia mengutuk penderaan pembantu rumahnya di Arab Saudi" melaporkan bahawa Presiden negara terbabit, Susilo Bambang Yudhoyono hari selasa lalu meminta keadilan bagi penderaan warganya yang disifatkan sebagai 'penderaan yang luar biasa'.


Channelnewsasia.com melaporkan bahawa Sumiati Binti Salan Mustapa, 23 berada di dalam keadaan stabil di salah sebuah hospital di Madinah. Pembantu rumah malang itu menerima rawatan sejak 8 November lalu akibat kecederaan termasuk luka di bibir dan wajahnya akibat digunting.

Presiden Indonesia dengan perasaan marah menegaskan bahawa beliau akan menghantar satu pasukan pemerhati ke Arab Saudi bagi memantau kes berkenaan, sehari selepas kerajaan Indonesia menyaman kedutaan Arab Saudi bagi menunjukkan kebimbangannya.

Sebelum ini rakyat Indonesia pernah mengadakan kempen "ganyang Malaysia" berikutan berlakunya kes penderaan terhadap warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia . Kali ini, adakah rakyat Indonesia akan melakukan kempen Ganyang Arab Saudi pula? Kita tunggu dan lihat!

Sumber Berita : Channelnewsasia

Aku kadang-kadang ada sikit hairan!
Kenapa bila ada pembantu rumah Indonesia di dera di arab saudi atau selain Malaysia, takde pulak orang-orang indon terutamanya gerakan yang dikenali BENDERA merusuh baling taik di kedutaan Arab Saudi di Jakarta, bila adapembantu rumah  indon didera oleh cina di malaysia, terus merusuh depan kedutaan Malaysia di jakarta. Apa masalah Indonesia ini sebenarnya! Adakah hanya berani tunjuk belang depan Malaysia saja ke?

BENARKAH kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia hanya berlaku di negara ini? Adakah negara-negara lain yang juga menggunakan khidmat amah dari republik itu berhati 'malaikat' sehingga tidak seorang pun daripada kalangan mereka mengalami penderaan secara mental mahu pun fizikal?

Persoalan itu mesti dijawab dengan ikhlas oleh pihak pemerintah di negara jiran.

Begitu juga dengan nasib pembantu rumah Indonesia yang berkhidmat di negara-negara lain. Cuma trauma dan kisah duka yang mereka alami tidak mendapat liputan media seperti di Malaysia.

Bagaimanapun keprihatinan pihak berkuasa dan media di negara ini terhadap nasib segelintir pembantu rumah Indonesia tidak mendapat tempat di hati pemerintah republik itu.

Tiada ucapan terima kasih sebaliknya mereka membalasnya dengan ugutan. Indonesia akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia - angkuh dan keras bunyi amaran mereka itu.

Hakikatnya, majikan di negara ini amat bertolak ansur. Pihak berkuasa di negara jiran sendiri amat arif bahawa pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia paling rendah grednya. Mereka sekadar lulus sekolah asas. Tidak kurang yang buta huruf.

Lantas tahap kesabaran manusia berhadapan dengan amah yang perlahan pergerakannya dan lambat pemahamannya tentulah tidak setinggi majikan di Singapura, Hong Kong atau Arab Saudi yang mendapat khidmat amah kelas pertama.

Tetapi majikan di Malaysia masih bertolak ansur. Bayaran RM5,000 ke atas untuk menggaji amah yang berkebolehan kebanyakan tidak berbaloi dengan amah yang dihantar kepada mereka.

Apatah lagi jika wujud perbezaan bahasa dan agama. Tentunya akan timbul pelbagai cabaran dan ketidakserasian sehingga membawa kepada penderaan.

Tetapi adakah puncanya hanya pada majikan di negara ini? Sedangkan pembantu rumah menyatakan kesediaannya berkhidmat dengan majikan yang bukan sebangsa dan seagama.

Dan bukan semua majikan kategori itu lepas laku dengan memaksa amah mereka memakan babi atau memandikan anjing atau melarang bersolat. Ramai juga yang prihatin, cuma apabila satu kes mendapat perhatian meluas, maka semua majikan di Malaysia dibebankan dengan tuduhan yang sama.

Sebab itu dalam hal ini kerajaan kita mesti bertegas. Jika benar keinginan pemerintah Indonesia mahu menghentikan penghantaran amah ke negara ini, maka kita akurlah dengan kehendak mereka.

Lihatlah sejauh mana rakyat negara itu yang tertekan dari segi ekonominya mampu mengekang hasrat menyeberang ke negara ini. Lantaran bukan semua rakyat Indonesia berpelajaran tinggi untuk dihantar ke negara lain yang sebenarnya lebih cerewet dan pelbagai syaratnya.

Disini bagi aku Malaysia mesti menetapkan satu pendirian tegas. Segala syarat baru yang ditetapkan kelak tidak boleh dipersetujui begitu sahaja. Malaysia mesti menunjukkan ketegasan. Dalam hal ini kebajikan majikan di negara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sebelum ini, Indonesia mendesak Malaysia menetapkan gaji minimum pembantu rumah dari Indonesia mesti RM800.00. Mungkin kita boleh bersetuju gaji amah dari Indonesia ini RM800.00 jika kita terdesak! tapi pihak majikan pula boleh kenakan kos makanan RM150.00 dan kos tempat tinggal RM200.00 sebagai contoh!....

Apa yang saya tahu di Jakarta ramai penduduk kaya tidak menggunakan amah daripada rakyat Indonesia sendiri, yang mereka angap tidak mahir dan tidak boleh dipercayai...Seperti di Malaysia, Menteri Jabatan Perdana Menteri Dato Nazri pun guna amah dari Indonesia dan dibayar oleh kerajaan Malaysia dan ada dalam lapuran akhbar Dato Sri Nazri telah kehilangan barang mewah bersama wang tunai bernilai lebih RM300 ribu yang dicuri oleh amahnya. Ramai rakyat Malaysia yang Kaya dan juga Menteri tidak percaya kepada pembantu rumah rakyat Malaysia seperti orang kaya Indonesia juga.. Kenapa kah kita terlalu mengharap dan percaya kepada amah dari Indonesia ini ?

1. Kita tidak perlu melayan ugutan kerajaan Indonesia kerana...
Kerajaan mereka tidak berfikir ketika berkata, hanya 'hidung tinggi' saja., tapi keadaan rakyat di bawah sana.. sangatlah susah.. sehingga nak makan pun susah.

2. Mereka tidak mahu hantar pembantu rumah ke Malaysia?
Apa nak risau! yang 'underground'/ yang masuk secara illegal pun bersepah-sepah! berjuta2..! lagi nak cakap besar tak nak bagi rakyat dia keje sini? Sekarang tengok sampai 300 ribu menanti nak masuk Malaysia! pergilah hantar ke Arab Saudi sana?

3. Walau negara lain bayar mahal - Hong Kong.. Taiwan mahupun Singapura....
Layanan yang diterima adakah lebih baik dari Malaysia! S'pore pun ada maid abuse juga! Hong Kong pun.. sama juga di Taiwan, kenapa di malaysia yg di highlight? Kat Malaysia boleh aku katakan rakyat Indonesia dan beranak-pinak dah sesilap dah buat keturun kat sini taknak balik Indonesia dah!


4. Kalau kerajaan Indonesia ugut hentikan pembantu rumah asing - sebenarnya kerajaan boleh ugut sama,
antara tindakan yang boleh diambil? sebagai contoh:-

a. Hentikan pengambilan semua buruh asing Indonesia.. dan
b. GAM semua artis-artis mereka dari buat persembahan di sini..,
c. Hentikan semua lagu-lagu Indon dari di mainkan di radio Malaysia. Industri seni mereka bergantung kepada negara kita sebenarnya.
d. Hentikan pembelian semua sinetron-sinetron Indonesia di TV kita.. baik RTM, TV3 mahupun Astro.Cerita pun mengarut jer! Sihir sana..Sihir sini!

Akhirnya - bila di hitung balik, kerajaan Indonesia stand to lose dalam isu ni. Isu penderaan maid ni.. bukan isu yangg di lakukan oleh semua majikan di Malaysia. Kebanyakan kes yang membabitkan majikan berbangsa cina! bukan melayu. Kes Nirmala Bonat contohnya - majikan nya cina.., kes Siti Hajar - majikan nya cina juga..!

Yang patut di hukum, adalah majikan ni. mereka ni langsung tidak menghormati pembantu rumah beragama islam ini. mereka saja menyuruh majikan makan babi, memasak babi dan menganiayai pembantu-pembantu rumah ini dgn bekerja dari awal pagi hingga lewat malam.

Ini yang patut kerajaan kita luahkan dan canangkan seterusnya sampaikan kepada kerajaan sana.., yg mendera ni adalah dari satu kelompok rakyat ini saja. Majoriti rakyat malaysia yang beragama islam dan melayu tak ada yg bersikap macam i ni.. kita (majikan melayu) menerima pembantu rumah ini macam ahli keluarga dan melayan pembantu rumah ini selayaknya.

Tugas menteri luar kitalah utk membetulkan salah persepsi ni. Kalau kerajaan indonesia hentikan pembantu rumah.. kita tak rugi.. kita boleh ambil pembantu rumah dari negara lain. Daripada bantu indonesia yang tidak berterima kasih i tu.., kita boleh beralih utk mengambil pembantu rumah dari selatan Thai! tak kurang rajin nya. Dari melayu Champa - yg berada di Myanmar..dari melayu Selatan Filipina..! ini semua pun saudara se-islam kita.. yg layak kita bantu juga.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.