Your are here: Home // // Pilihan Raya Kecil Selepas PRU-12, Kenapa Banyak Sangat?

Pilihan Raya Kecil Selepas PRU-12, Kenapa Banyak Sangat?

Sejak Mac 2008 atau lebih tepat lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Kita tidak berhenti dari mengikuti hal-hal politik negara yang tidak putus-putus. Ini secara tidak langsung ada kena-mengena dengan kerap berlangsungnya Pilihan raya kecil. "Jadi sepanjang 5 tahun, berpolitik jerlah kekdahnya"


Kalau kita amati semula, Dengan terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Sehingga saat ini kita telah mengadakan 15 pilihan raya kecil (rujuk gambar disebelah) sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau yang berkemungkinan berlangsung pada akhir bulan depan, Dengan 12 daripadanya kekosongan berlaku disebabkan kematian ke atas penyandangnya sebelum ini iaitu di kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.

Berlanjutan dengan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan kenyataan untuk membawa sat usul/ cadangan untuk dipertimbangkan di Kabinet. Cadangan itu adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah seperti mengalakkan supaya setiap wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala — kemungkinan setiap tahun

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan dari The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990. Dimana negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Hullahup quote:

Nampaknya kini tekanan kepada wakil rakyat semakin hebat, dengan menyebabkan implikasi terhdap jantung. Jadi kepada bakal-bakal wakil rakyat kelak, peliharalah kesihatan anda! bertugas dengan sebaik mungkin untuk rakyat yang mengundi anda!


Dengan keadaan terkini, kita menjangkkan ada kemungkinan akan muncul muka-muka baru yang lebih muda akan diketengahkan sebagai calon bagi kedua-dua parti sama ada di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat (PAS, KeAdilan dan DAP).


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.