Your are here: Home // // Tolong Ingatkan Aku dinobat Juara di Anugerah Juara Lagu Ke-25.

Tolong Ingatkan Aku dinobat Juara di Anugerah Juara Lagu Ke-25.


KUALA LUMPUR: Lagu berjudul Tolong Ingatkan Aku dendangan gadis muda yang selalu mengenakan baju kurung bersama gitar akustik, Ana Rafali atau Ana Nur Hidayah Mohd Rafali, 25 berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-25 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam semalam.

Ia sekali gus menafikan ramalan ramai pihak bahawa juara lagu kali ini akan terus didominasi dari genre Indie dan Faizal Tahir sebelum ini.

Dengan kemenangan itu juga, Ana Rafali membolot keseluruhan wang tunai RM35,000 dan membawa pulang trofi yang ditawarkan kerana beliau juga selaku komposer dan penulis lirik, .

Terdahulu, Meet Uncle Hussain dan Black menerima trofi dan wang tunai RM15,000 apabila Drama King diumumkan sebagai Naib juara.

Bagi tempat ketiga, kemenangan berpihak kepada Hafiz yang membawakan lagu ciptaan Ajai dan Shah Qalam berjudul Noktah Cinta.



Bersama komposer dan penulis lirik itu, Hafiz turut membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Seperti yang dijangka ramai, lagu Hanyut dendangan Faizal Tahir berjaya mencuri tumpuan dengan persembahan menyanyi di dalam air dan berjaya meraih membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik menerusi lagu itu.

Bagi kategori Vokal Terbaik yang mula diperkenalkan pada Anugerah Juara Lagu ke-17, ia akan menjadi milik penyanyi Hafiz.

Menerusi kemenangan itu, Hafiz yang membawakan lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Shah Qalam turut membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-25

Pemenang Persembahan Terbaik:
Hanyut - Faizal Tahir

Pemenang Persembahan Vokal Terbaik:
Noktah Cinta - Hafiz

Pemenang Tempat Ke-3 AJL25:
Noktah Cinta - Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Pemenang Tempat ke-2 AJL25:
Drama King - Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Juara Anugerah Juara Lagu 25:
Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.