Your are here: Home // , // Tonton Video Lucah Merosakkan?

Tonton Video Lucah Merosakkan?

Benarkan kenyataan ini? Dengan situasi dan keadaan 'dunia tanpa sempadan' ini, memang sukar untuk menghalang dari anasir-anasir seperti ini, antara gejala yang boleh merosakkan si perlaku adalah?

Penggunaan komputer riba (laptop) sambil meriba merosakkan sperma


Kebiasaan perlaku akan gemar menggunakan laptop untuk menonton video lucah ini, tapi AWAS terutamanya lelaki! sebelum ini, kita biasa dengar kajian telah mendedahkan bahawa amalan meletak laptop di atas riba boleh menyebabkan sindrom kulit terbakar. Namun kini, setelah kajian dibuat, antara kesan lain tabiat tersebut kepada kaum lelaki adalah ianya boleh menyebabkan gangguan pada sperma.

Penggunaan komputer bimbit (laptop) di atas riba mungkin nampak selesa kepada anda tetapi ianya bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki.

Menurut kajian terbaru yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, amalan itu boleh merendahkan kualiti sperma lelaki. Oleh itu, cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja.

Dalam kajian tersebut, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum ( tak tahu skrotum tu apa? boleh tanya pak google...huhuh! ) 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Hasilnya, walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotom peserta didapati meningkat dengan cepat dan kesan dari tabiat ini adalah ianya mampu merendahkan kualiti sperma. Difahamkan, jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma.

p/s : Biasalah kan, dah namanya pun komputer riba, kalau dah tak diribakan, buat per kan? huhuh! kena guna atas riba la.. kah…kah..kah


Sebagai contoh, Suhu skrotum didapati 5 kali ganda meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minit jika peserta terbabit menonton video lucah pada komputer terbabit, sekali nak tonton video lucah tu berapa masa yang diambil, kena yang pakai broadband tu, nak tunggu buffering lagi...huhuhu!


Dari kajian tempatan pula;

60 peratus berzina kerana menonton video lucah


Ini yang membawa kepada peratus, perempuan bawah umur mengandung, 'haruan makan anak', kes pembuangan bayi, pesta 'maksiat' malam tahun baru dan lain-lain lagi.

Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.


Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -Kosmo!


Manakala menurut hukum agama islam lebih jelas;

Perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina. Apatah lagi dengan menonton filem lucah.

Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap.Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam.Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah swt.


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.