Your are here: Home // // Zaquan, Ayu Raudhah Nikah Jumaat

Zaquan, Ayu Raudhah Nikah Jumaat


Selamat menempuh alam rumah tangga! Akhirnya percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26 sempurna sudah sehingga ke majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini. Tahniah! bertambah lagi pasangan antara dunia sukan dan dunia hiburan.

Mohd Aidil Zafuan dan Rita Rudaini
Menurut metro, majlis akad nikah itu bakal diadakan sejurus selepas selesai solat Jumaat, dan majlis resepsi pula disebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Majlis kenduri di pihak Zaquan pula akan di adakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi pada 30 Januari depan dijangkakan dihadiri 1,000 jemputan dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan.

Mohd Zaquan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.

Perkahwinan ini juga akan menambahkan keceriaan dalam keluarga Abd Radzak Salleh, 61 bapa kepada Mohd Zaquan, sebelum ini pasangan kembarnya itu juga Mohd Aidil Zafuan juga pemain bola sepak kebangsaan yang sebelum ini berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Dikatakan ini adalah kad perkahwinan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak dan pelakon Ayu Raudhah:


22 Jan 2011 - Ayu Raudhah sah milik Zaquan Kredit: Metro


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.