Your are here: Home // // Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011

Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011


Sejak Melodi mula diterbitkan pada tahun 1992, Ia bagaikan tidak punya masa untuk berhenti bersiaran!. Dengan dilimpahi aktiviti persada hiburan yang sentiasa bergolak mendorong Melodi untuk terus tampil setiap minggu menghidangkan paparan yang dinanti umum dalam cara pengolahannya yang tersendiri.

Tahun silih berganti, fungsi Melodi turut menempuh reformasi. Jika dulu Melodi hanya berfungsi menghidangkan paparan sekitar hiburan tempatan dan antarabangsa, kini secara tidak langsung Melodi menggalas suatu tanggungjawab umum iaitu memaparkan masalah yang diadukan kepada Melodi sama ada oleh penggiat seni, pengamal media, malah penonton dan masyarakat amnya. Ini bukan suatu tanggungjawab kecil, dan unit produksi Melodi sentiasa bersedia untuk menyempurnakan tanggungjawab ini sebaik mungkin seadilnya.”

Zizan Raja Lawak

Jadi untuk kesegaran yang lebih baru dan menarik, Melodi yang telah memasuki era 2011 dikatakan bakal berwajah baru dengan menampilkan Zizan Razak atau lebih dikenalai Zizan Raja Lawak yang ura-uranya akan digandingkan bersama pengacara yang tersedia ada Wahid dan ini bermakna Fara Fauzana akan berundur dari mengacarakan Melodi sejak mengendalikannya bersama wahid pada tahun 2009.

Jadi nantikan Melodi minggu ini? Apakah kejutan bakal berlaku?


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.