Your are here: Home // // Hannah Quinlivan dikejar Jay Chou

Hannah Quinlivan dikejar Jay Chou



Hannah Quinlivan dan Jay Chou
Aktor filem ‘The Green Hornet’ kelahiran Taiwan Jay Chou kini dikatakan sedang mabuk kepayang dengan gadis yang 14 tahun lebih muda darinya. Gadis itu dilaporkan juga seorang yang berketurunan Australia dan Taiwan. Selepas disiasat gadis yang menjadi perhatian Jay Chou itu bernama Hannah Quinlivan.

Pertemuan yang tidak disengajakan itu bermula ketika Jay dalam rangka promosi filem terbarunya itu 'The Green Hornet' di Taiwan, Jay yang sedang berkumpul bersama-sama teman-temannya yang juga disertai sutradara 'The Green Hornet' di sebuah kelab malam.

Semenjak dari itu, Jay Chou sudah gila bayang terhadap Hannah Quinlivan. Walau bagaimanapun, manager peribadi Jay, JVR cuba menyangkal dakwaan itu dengan tegas.

JVR dipetik berkata:
“Kamu hanya perlu bercakap jika kamu punya bukti (foto). Jangan hanya percaya pada khabar angin”

Sementara itu, di pihak Hannah masih terus membisa tanpa apa-apa komen mengenai gossip itu setakat ini.

apa kata...hullahup:
Itulah dinamakan panahan pandangan pertama...


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.