Your are here: Home // // Harimau Tewas 'ditangan' Senduk kayu

Harimau Tewas 'ditangan' Senduk kayu


Pantang maut kalau belum ajal - Tindakan kamikaze seorang wanita orang Asli mengetuk kepala seekor harimau menggunakan senduk kayu, menyelamatkan nyawa suaminya tercintanya dari menjadi habuan sang harimau di Kampung Sungai Tiang, Hutan Belum.

Mangsa yang dikenali sebagai Tambun Gediu, 60-an, bergelut dengan harimau sebelum isterinya, Han Besau, menyedari kejadian itu dan bertindak memukul kepala harimau berkenaan dengan sebatang senduk kayu bagi menyelamatkan suaminya.

Menurut Berita Hatian, Tambun berkata:
Besar ini: Tambun bersungguh bercerita
"Dia tidak menyedari kehadiran haiwan pemangsa itu kerana terlalu asyik memerhatikan binatang buruan iaitu tupai yang berada di atas pokok berhampiran rumahnya.

Katanya, dia hanya sedar kehadiran haiwan itu sewaktu memandang ke belakang apabila melihat harimau berkenaan berada tidak jauh dengannya.

“Saya terkejut dan segera melarikan diri dengan cuba memanjat sebatang pokok berhampiran tetapi gagal apabila harimau itu lebih pantas mencakar kaki, sekali gus menarik saya ke bawah sebelum jatuh tersembam ke atas tanah.

“Harimau itu kemudian cuba membaham kepala dan leher saya, namun saya cuba melawan dengan menumbuknya beberapa kali di kepala, manakala tangan sebelah lagi mencengkam bibir harimau berkenaan sambil menjerit meminta tolong,” katanya.


Nasibnya baik jeritannya didengari isteri bergegas yang hanya bersenajatkan senduk kayu mengetuk haiwan berkenaan, sekali gus berjaya menghalau haiwan itu.

apa kata...hullahup:
Itulah umur pakcik ini masih panjang; tapi menurut kata orang lama - kalau kepala kena ketuk ngan senduk jadi suwey a.k.a sial; tak merasa kahwin. Jadi apakah nasib sang harimau tersebut? kesian sang rimau tu. huhuhu!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.