Your are here: Home // // Ifa Raziah, artis contohkah?

Ifa Raziah, artis contohkah?

Setiap orang pasti merasa bangga bila dirinya menjadi tumpuan dan sanjungan ramai. Sesetengah orang, populariti sebegini yang dicari dan dikejar untuk mencapai maksud tersendiri. Bahkan ada yang sanggup melakukan apa saja agar diri mereka menjadi tumpuan, sanjungan dan sebutan ramai.

Namun, berapa ramai yang menyedari dan menginsafi betapa populariti yang diraih itu sepatutnya diikuti dengan diri menjadi contoh terbaik ikutan ramai? Menjadi role model untuk audien sasaran tertentu?

Bolehkah artis dijadikan contoh atau role model? sekiranya begini:


Petikan twitter: bahasa yang dikeluarkan Ifa Radziah


Lagi petikan kata-kata kurang manis dari twitter Ifa Radziah

Kita semua tahu, Ifa Radziah adalah host Wanita Hari Ini terbitan TV3. Kita tahu, manusia tidak semua serba lengkap. Tapi? Selaku host bagi sebuah rancangan bual bicara yang banyak membantu wanita dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka dan menjadi ikon buat wanita. Alangkah kurang manis kalau pengacaranya melontar bahasa sebegini di twitter peribadinya yang diikuti oleh ramai peminatnya dan pemerhati. Patutnya dah berusia kita ini lebih berakal, tapi makin kurang berakal plak! Aduyaiii...

Ia dikhabarkan berpunca dari kenyataan Safura di Melodi 2011, tapi itu bukan melesenkannya untuk berkata kesat sebegini. Aduyai artis Melayu, Wanita dan berbangsa Islam.

Berikut kenyataan berita:-

Penyanyi Safura batal rayuan saman Ifa Raziah


Safura Yaacob
PUTRAJAYA: Kes saman fitnah penyanyi Safura Yaacob terhadap rakan artis Ifa Raziah, yang berlarutan selama 10 tahun, akhirnya selesai selepas beliau menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini.

Rayuan itu difailkan oleh Safura untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Januari 2003, yang menolak saman fitnahnya dengan kos terhadap Ifa Raziah berhubung dua artikel yang disiarkan oleh sebuah majalah hiburan.

Safura diperintahkan hakim membayar RM500 ($208) kepada Ifa Raziah sebagai kos rayuan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Safura menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa Raziah kerana mendakwa penyanyi itu secara salah dan dengan niat jahat menyiarkan kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan pada 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah Media Hiburan dan memberitahu bahawa beliau (Ifa Raziah) baru saja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan seorang rakan artis.

Safura, 35 tahun, juga mendakwa pada akhir Oktober 1998 bahawa Ifa Raziah sekali lagi mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu bahawa beliau (Safura) yang menyebabkan penyakit yang dialaminya itu melalui bomoh.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan bahawa beliau baru saja sembuh daripada penyakit ganjil.

Beliau, bagaimanapun, menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan Safura. 
kredit: Bernama.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.