Your are here: Home // // Israel Penyibuk! Apahal tiba-tiba....

Israel Penyibuk! Apahal tiba-tiba....

Akhbar Israel Ramal Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bangkit Seperti Rakyat Mesir

Apakah ada kemungkinan Malaysia akan menurut jejak Mesir meskipun terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara?

Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.

Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.

"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller."

Dalam erti kata lain, akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.

Apa Kata....Hullahup:
Aku tak mengatakan aku di pihak Barisan Nasional (BN), aku juga tidak memihak kepada Pakatan Rakyat (PKR), tapi aku tidak suka dengan negara luar sibuk memberi pandangan 'bangang' atau lebih senang aku kata kata-kata sampah untuk negara Malaysia! Kita tidak akan turut itu cara yang kurang cerdik! Aku tidak mahukan apa yang berlaku di Mesir ketika ini terjadi di Malaysia, tidak kiralah samada rakyat berada di pihak benar mahupun tidak! sebabnya akhirnya rakyat juga yang sengsara! penderitaan, kemusnahan, pertumpahan darah, kehilangan nyawa akan berlaku....Kita ikut cara kita, kita penentu hala tuju dan masa depan negara kita sendiri!







Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.