Your are here: Home // // LTdL 2011: Jonathan Monsalve juara LTdL 2011

LTdL 2011: Jonathan Monsalve juara LTdL 2011


PELUMBA Farnese Vini - Neri Sottoli, Andrea Guardini menjuarai peringkat terakhir perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2011 dari UiTM Shah Alam ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang juga kejayaan memenangi saingan peringkat buat kali kelimanya, tetapi Jonathan Monsalve dari pasukan Androni Giocattoli pula mencuri tumpuan ketika megah menyarung Jersi Kuning selaku juara keseluruhan yang berakhir Kuala Lumpur.

Juara LTDL 2011: Jonathan Monsalve (Androni Giocattoli)
Raja Pecut 2011: Anuar Manan mengucapkan tahniah kepada Andrea Gurdini.


Pelumba dari pasukan Androni Giocattoli itu, membuktikan kejaguhannya selepas menawan puncak Genting Highlands dalam perlumbaan peringkat keenam, kelmarin sekali gus memberikannya kelebihan untuk muncul juara keseluruhan walaupun hanya menduduki tempat ke-31.Selain itu, Monsalve turut ditabalkan Raja Bukit (Jersi Polka-dot).

Saingan peringkat terakhir itu juga menobatkan Rahim Emami (Azad University Cycling Team) sebagai pelumba terbaik Asia selain pasukannya juga selaku pasukan terbaik Asia.

Keputusan Peringkat 10
UiTM Shah Alam - Kuala Lumpur Loop

Stage 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Robert Forster (United Healthcare Pro Cycling)
3: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
Keseluruhan
Overall 1: Jonathan Monsalve (Androni Giocattoli)
2: Libardo Nino Corredor (Le Tua Cycling Team)
3: Emanuele Sella (Androni Giocattoli)

Pendahulu kategori Pelumba Terbaik Asia
Leading Asian 1: Rahim Emami (Azad University Cycling Team)
2: Hossein Askari (Tabriz Petrochemical Team)
3: Hyosuk Gong (Korea National Team)

Pendahulu kategori Pelumba (Raja Pecut)
Points 1: Andrea Guardini (Farnese Vini - Neri Sotttoli)
2: Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling)
3: Boris Shpilevsky (Tabriz Petrochemical Team)

Pendahulu kategori Pelumba (Raja Bukit)
Mountains 1: Jonathan Monsalve (Androni Giocattoli)
2: Rahim Emami (Azad University Cycling Team)
3: Albert Timmer (Skil Shimano Cycling Team)


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.