Your are here: Home // // Melodi TV3 Tampil Pengacara Baru; Dira Abu Zahar pasangan Zizan (Raja Lawak)

Melodi TV3 Tampil Pengacara Baru; Dira Abu Zahar pasangan Zizan (Raja Lawak)


Melodi - kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi”

Melodi akan mendapat host baru pada April ini semakin hangat diperkatakan, Ini bagi menggantikan host sedia kala iaitu Fara Fauzana dan Wahid Senario yang khidmatnya tidak disambung lagi. Bukan bermakna mereka berdua tidak bagus! Tapi adalah untuk membawa satu perubahan baru kepada program berkenaan.

Untuk rekod, Fara yang dikenali Fafau dikalangan peminatnya dan Wahid Senario sudah lima tahun mereka mengemudikan program ini dan merupakan yang paling lama setakat ini. Harus diakuri, tidak pernah pun seorang pengacara akan mengemudi sesebuah program sampai bila-bila. Fauziah Ahmad Daud (Ogy) pun pernah mengundur diri. Begitu juga Raja Azura, Aznil Haji Nawawi dan pengacara sulung program itu, Mahadzir Lokman (kini Dato’).

Sheila Rusly, Haliza Misbun dan Ziana Zain pun pernah merasa duduk di kerusi panas di program yang cukup panas dan sensasi itu.

Apa pun, nama yang sudah disenarai sudah maklum iaitu Zizan (Raja Lawak). Tapi yang menjadi tanda tanyanya; siapakah pasangannya? Ura-ura mengatakan, pasangannya adalah artis wanita yang punyai tarikan tersendiri. Agak petah bila berkata-kata, dah memang sesuai sangat la ni jadi host! Orang Melaka! Kini semakin hebat di layar TV sebagai pelakon. Beliau yang dimaksudkan Dira Abu Bakar


PROFIL: Dira Abu Zahar

Nama sebenar: Khaidirah Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Tarikh lahir: March 2, 1984
Status: Janda anak 1
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.

apa kata...hullahup
apa yang aku tunggu tag line terbaru......


Share/Bookmark

filed under:

4 responses to "Melodi TV3 Tampil Pengacara Baru; Dira Abu Zahar pasangan Zizan (Raja Lawak)"

  1. Anonymous says:

    i x suke & x berkenan sgt dira nie
    jd pengacara melodi..mcm mana la tv3 boleh lantik dira jd pegacara..serabut!!! cakap tunggang langgang..mcm xde scrip. lepas tu cakap ntah ape2..macam kaku je. kalu semua pengacara mcm nie,hancur la melodi n tv3. kalau setakat nk mengacara pakai tangkap muat je, i pon boleh mengacara.Dlu x pernah miss melodi,.tp sejak dh tukar pengacara, dh malas nk layan dh..
    tq

  2. yackoeb says:

    saya setuju dengan Anonymous, dira tak ada aura, tak ada identiti sendiri, pada hari dia menggantikan Fafau, really turn me off, dia coba fotokopi cara Fafau, dengan cermin mata hitam dan cara berpakaian. Dia agak kelamb kabut. Saya dah tak faham dengan tv3 yang terkenal dengan high standard...i think now the standard is deteriorating.... dulu saya suka dan keluarga saya suka tonton MELODI tapi sekarang tidak lagi. Please TV3 maintain your standard before its getting worse.

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.