Your are here: Home // // Nicol gagal raih gelaran juara pertama di tahun baru 2011

Nicol gagal raih gelaran juara pertama di tahun baru 2011


Pemain negara juga nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David terpaksa akur selepas kecundang dalam percubaan beliau untuk meraih gelaran juara pertama bagi kejohanan skuasy Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) bagi musim 2011.

Nicol tumpas kepada pemain England Laura Massaro yang juga pilihan ke-8 kejohanan dengan 9-11, 7-11, 11-9 dan 8-11 dalam masa 61 minit pada perlawanan akhir kejohanan Cleveland Racquet Classic 2011 yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika.

Mengulas mengenai kemenangan pertamanya menumpaskan Nicol, Laura Massaro dipetik berkata:

"I played the best I've ever played" ...

Nicol, yang menjadi pemain profesional pada 2000, belum pernah kalah kepada Massaro dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan itu, Nicol, yang dinobatkan sebagai Player of the Year Wispa untuk kali kelima berturut-turut dua minggu lepas, mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-5, 11-6, 11-7.

Sebelum berjumpa Nicol pada perlawanan akhir, Massaro, pemain nombor sembilan dunia, mengalahkan Madeline Perry dari Ireland juga pilihan ke-4 kejohanan dengan 11-8, 11-9, 9-11 dan 11-5.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.