Your are here: Home // , // Pemain Bola sepak Perlis didakwa cabul gadis

Pemain Bola sepak Perlis didakwa cabul gadis

http://i40.photobucket.com/albums/e234/sutera_abadi/munawar.jpg?t=1298331237


SUNGAI PETANI: Pemain muda bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 17 tahun pada 13 Februari lalu.

Pemain Singa Utara yang bermain di posisi pertahannan itu dikenali Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin. Ala! biasa sangatlah tu! dah buat kes camni takkan nak mengaku bersalah terus! gelaplah masa depan terus, sekurang-kurangnya test market dulu, mana tau menang kes, selamatlah dari duduk dalam lokap.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali didapati didakwa tiga pertuduhan:- Pergh! ini kes melakukan teknik Kelucahan Tiga Serangkai.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.
Didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

apa kata...Hullahup
Dah la team Perlis tak seberapa kat Liga Malaysia, lagi jahanamlah, Memalukan orang Perlis sungguh la hang ni Muhammad Munawwar oiiiii
biar kita ini ruper tak lawa, perangai tu kasi molek la skit! 
Apa-apa pun ini baru dakwaan, kita tengok jer lah pengakhirannya, pada yang lain sayangilah usia muda anda...Jadikan ikhbar dan pengajaran.


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.