Your are here: Home // , // Sanggup botak kepala Jiwai watak lakonan - Lisa Suriani

Sanggup botak kepala Jiwai watak lakonan - Lisa Suriani

Lisa Surihani
SEUMUR hidupnya, rambut tidak pernah dibiar pendek atau diwarnakan meskipun kebanyakan gadis seusianya terutama yang membesar di ibu kota, menjadikan fesyen rambut sebagai satu cara ekspresi diri.

Sebaliknya Lisa Surihani Mohamed, 25, selesa dengan penampilan seadanya penuh kesederhanaan. Pun begitu, gadis cantik ini tidak keberatan untuk memotong pendek rambut atau membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Namun, ia mestilah bersyarat! "Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian. "Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. [selanjutnya]

apa kata...hullahup:
Ok! aku kuliah sikit, walaupun aku tak sepandai mana, tapi sebenarnya kalau kita agak kurang skit, elok kita tidak bercakap lebih-lebihkan, dengan keluarkan kenyataan tanpa berfikir...Itulah manusiakan, Agama Islam menuntut tutup aurat takmau pulak dituntut, walaupun ganjaran pahala yang diterima...

Ingat kes Sharifah Amani botakkan kepala untuk filem Muallaf dulu ?

Sharifah Amani ketika membotakkan kepalanya

Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Lelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;

2. Wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;

3. Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam

Keterangan/Hujah:


1. Ulama' berpendapat bahawa perbuatan membotakkan kepala oleh segelintir wanita Islam adalah dilarang dan bertentangan dengan Hukum Syarak. Hadis Nabi SAW:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها (رواه الترمذى

" Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambutya "

2. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi ketika menjawab persoalan sama ada wanita boleh bercukur kepala atau tidak, menjelaskan: " Haram ke atas kaum wanita mencukur kepala mereka berdasarkan hadis Nabi SAW. Pengharaman tersebut adalah kerana perbuatan membotakkan kepala menyamakan seseorang wanita dengan lelaki, bermegah dengan sifat-sifat kelelakian selain menzahirkan sifat-sifat buruk dalam diri wanita tersebut. Namun, harus bagi wanita mencukur kepalanya sekiranya terdapat kudis, bisul atau kutu yang banyak pada kulit kepala. Dalam situasi tersebut ia dianggap sebagai dharurah yang membolehkan kepalanya dicukur ".

3. Dr. Ahmad al-Syarbasi menjelaskan bahawa sekiranya seseorang wanita mencukur rambut mereka sebagai tanda berkabung, maka ia merupakan sebahagian daripada amalan jahiliah yang amat ditegah oleh Islam. Sementara bagi wanita yang mencukur rambutnya dengan tujuan menyerupai lelaki, maka perbuatan tersebut dihukumkan sebagai haram.

4. Alasan semata-mata untuk menghayati dan menjayakan watak yang dipegang dalam filem adalah tidak wajar kerana hukum melarang perbuatan tersebut. Begitu juga dengan perbuatan bertindik yang seolah-olah menjadi gaya dan trend remaja hari ini.
kredit: klik sini


Share/Bookmark

filed under: ,

1 response to "Sanggup botak kepala Jiwai watak lakonan - Lisa Suriani"

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.