Your are here: Home // // Siapakah Hosni Mubarak, Situasi Meruncing di Mesir

Siapakah Hosni Mubarak, Situasi Meruncing di Mesir


Siapa sebenarnya Hosni Mubarak? Presiden Mesir yang mempertahankan cengkaman kuku besinya di Mesir selama 30 tahun, Hosni Mubarak diangkat setaraf dengan Firaun di alaf baru. Nama penuhnya Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak telah menjadi Presiden Mesir sejak 1981 dan merupakan Presiden keempat Mesir. Mubarak telah menggantikan Sandat yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981. Mubarak lahir 1928 di desa Kahel-el-Meselha. Dia menamatkan pengajian dari Akademi Tentera pada 1949. Setelah perang Arab-Israel, Mubarak menjadi Ketua Angkatan Udara Mesir, inilah langkah pertamanya dia masuk ke lingkaran elit politik.


Selama penguasaannya Mubarak membuat negara di Afrika Utara itu stabil yang tanpa tandingan itu, Ini adalah kerana menjalankan hubungan baik dengan Barat dan Israel. Namun begitu di sebalik kestabilan, korupsi, kemiskinan dan kekerasan sangat berleluasa.

Menurut kenyataan Akhbar harian Aljazair, Alkhabar, disiarkan semula oleh JP News, menganggarkan bahawa kekayaan keluarga Hosni Mubarak mencapai US$40 billion atau RM122 billion. Kekayaan ini tersimpan di beberapa akaun dan hartanah di Amerika Syarikat, Swiss, Britain, dan Jerman.

Suzanne, isteri Mubarak, yang merupakan bekas jururawat dari Pontypridd, Wales. Menurut laporan rahsia Suzanne telah menjadi anggota 'millionaires club' sejak tahun 2000. Selain akaun, Suzanne juga memiliki hartanah di pusat kota-kota besar di Eropah, seperti London, Frankfurt, Madrid, Paris, dan Dubai. Kekayaan WANITA PERTAMA ini anggarkan bernilai US$3 - 5 billion.

Presiden Mubarak dan isterinya mempunyai dua putra, Alaa dan Gamal, yang keduanya terlibat dalam bidang kewangan. Anak pertama Mubarak, Alaa Mubarak yang memilih karier perbankan sebagai kerjaya, dilaporkan memiliki hartanah bernilai US$8 billion, termasuk hartanah di Los Angeles, Washington, dan New York di mana dia memiliki estate bernilai US$2,1 billion di pinggir Manhattan. Dia juga dikatakan memiliki dua kapal pesiaran yang bernilai 60 juta euro.

Anak kedua Mubarak, Gamal Mubarak pula dikhabarkan memiliki kekayaan sehingga US$17 billion. Selain memiliki akaun, setiausaha agung parti Mubarak, Partai Nasional Demokrat, dia juga memiliki sejumlah hartanah yang bukan hanya di Mesir.

Kini Mubarak menghadapi tekanan yang semakin hebat yang tidak pernah dijangkakannya berikutan bantahan rakyatnya yang semakin meluas, dan memintanya supaya dia meletakkan jawatan.

Berikut beberapa fakta berkaitan pendekatan kontroversi Mubarak selama pemerintahannya.

Mubarak memegang puncak kuasa selepas Presiden Mesir Anwar Sadat (kiri) dibunuh pada 1981 , dan sejak itu ia mendapat kritikan di atas tindakannya yang melanjutkan Emergency Law . Di dalam situasi 'darurat', kerajaan boleh menahan mana-mana individu pada bila-bila masa , tanpa sebarang alasan dan sebab dan boleh menahan mereka di dalam penjara tanpa perbicaraan tanpa sebarang had masa. Emergency Law di Mesir sama seperti undang-undang ISA (Internal Security Act) yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia.


Mubarak sering 'menutup rapat' mana-mana pemimpin politik pembangkang. Dia telah menentang sebarang perubahan politik walaupun mendapat tekanan daripada sekutunya Amerika Syarikat, yang telah memberikan berbilion dolar untuk ketenteraan dan pelbagai bantuan lain kepada Mesir sejak ia menjadi negara Arab yang pertama berdamai dengan Israel dan menandatangani satu perjanjian pada 1979.


Mubarak telah lama menindas Muslim Brotherhood -- satu pergerakan transnasional Islami dan organisasi politik pembangkang terbesar di Mesir. Ramai yang ingin menjadi ahlinya telah ditangkap. Ini menyebabkan ramai ahlinya yang keluar dan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kebangsaan , dan berjaya mencipta kejutan apabila menang semasa pilihan raya 2005.


Terdapat spekulasi yang tersebar luas bahawa Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni, sedang dilatih dan dibentuk untuk mewarisi jawatan Presiden Mesir daripada Mubarak pada 2011. Meski di depan khalyak umum ia cuba menyangkal soal keinginan menggantikan ayahnya, banyak pemerhati politik terutamanya di Mesir melihat kepada kestabilan dan kekukuhan kekuasaan yang dimiliki Hosni Mubarak, peralihan kuasa dari ayah ke anak itu pasti akan berlaku.


Setiap enam tahun, Mubarak akan mengadakan satu pilihan raya 'palsu' untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden. Pada 2005, tiada pemerhati antarabangsa dibenarkan untuk memantau pilihan raya dijalankan.


Seorang calon pembangkang Dr. Ayman Nour, seorang calon bagi parti Al-Ghad, bertanding dalam pilihan raya 2005 yang mana dimenangi Mubarak lalu meminta supaya diadakan ulangan proses pengundian.

Pada 24 Disember tahun itu, Nour telah dijatuhkan kesalah kerana melakukan penipuan dan dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama lima tahun dan insiden ini dilihat sebagai penganiayaan politik.


Rejim Mubarak secara terbuka dan tanpa rasa malu mengakui tidak menjadi kesalahan berbohong kepada berpuluh-puluh juta rakyat Mesir: Al-Ahram, akhbar terbesar, tertua dan "paling dihormati" dalam dunia Arab telah dikesan membuat pemalsuan sekeping gambar Presiden Hosni Mubarak. Kebebasan akhbar di Mesir sekarang berada di tahap 133 daripada 168 negara.

Rakyat Malaysia di Mesir dalam Ketakutan, Apa Tindakan Kerajaan Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, situasi ramai rakyat Malaysia yang sedang menuntut pelajaran di sana sangat-sangat dalam bahaya. Ini termasuklah anak rakan sepejabat aku! Kita berharap mereka berada dalam keadaan selamat. Tapi yang peliknya kerajaan Malaysia kita ini seperti lambat bertindak! Adakah sehingga nayawa melayang baru ingin membuat tindakan, seperti macam endah tak endah dengan isu keselamatan rakyat Malaysia di sana. Kesian ibu bapa tengah risau keadaan anak mereka.

Krisis Pelajar Malaysia di Mesir: klik sini

Berikut gambaran situasi di Mesir:-







Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.