Your are here: Home // // Hulla Obesiti | Lu Hao, Budak 3 Tahun - Berat 60kg

Hulla Obesiti | Lu Hao, Budak 3 Tahun - Berat 60kg

Budak dari China, Lu Hao yang baru berusia tiga tahun tapi sudah mempunyai berat badan 60kg (132lbs) yang kira-kira lima kali lebih berat dari saiz anak normal seusianya.

Ketika dilahirnya budak sihat ini, hanya mempunyai berat badan 2.6kg (5.7 lbs), bagaimanapun, sejak ia berusia tiga bulan berat badannya mula membiak dengan aktif, seaktif pemakanannya. Kalau anda tengok sendiri, mata pun dah sampai tertutup! Iskh! kuat perabih beras sungguh budak ini.

view-source:http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/01277/Lu-Hao1_682_1277169a.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480E2700000578-918_634x422.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CDE00000578-770_634x433.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CF700000578-240_634x403.jpg


Obesiti ini sebenarnya diklasifikasikan sebagai penyakit nutsiri. seseorang itu akan dikatakan obes jika, Indek Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.

Tapi di Malaysia, dalam masyarakat kita, montel menjadi kayu pengukur kesihatan bayi atau kanak-kanak! sedangkan anak yang kurus tetapi cergas selalu dikaitkan dengan tidak cukup makan, malah tidak keterlaluan ibu selalu menjadi sasaran bila keadaan anak begitu. Tidak diberi makan kah? Demam kah? Tenat kah? Kena santau kah? dan pelbagai lontaran persoalan lagi yang kadangkala menjadikan si ibu kecewa.

Obesiti di kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun, mungkin kelihatan comel, tetapi apabila memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan implikasi negatif kepada pertumbuhan sosialnya apabila kerap kali diejek rakan sekelas, malah anak itu juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu di ejek.

Pada usia sedemikian, menyekat selera dan bertukar kepada hidangan menyihatkan juga boleh memberikan tekanan kepada anak tadi yang mungkin terlalu awal untuk memahami apa itu kencing manis, kolestrol dan diabetes.

Anak yang dikategori obesiti apabila berat badannya dua kali ganda daripada berat sesuai, tapi si Lu Hao ini dan lima kali ganda.! Apabila berat itu semakin meningkat ibu perlu segera menukar menu anak-anak kerana obesiti tidak berlaku sekelip mata.

Hakikatnya, kesihatan itu bukan diukur dari pemberatan anak anda? Tapi dari segi mental dan fizikal melalui pemakanan yang ideal dan sihat. Selamat beramal!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.