Your are here: Home // // Hulla Trailer | Transformer 3: Dark of the Moon

Hulla Trailer | Transformer 3: Dark of the Moon


Tu dia! Filem Holywood yang paling ditunggu-tungu pada tahun 2011? filem terbaru Transformers 3 yang akan ditayangkan pada 1 Julai 2011, bertajuk Transformers: Dark Of The Moon adalah kesinambungan kepada filem kedua, Transformers Revenge Of The Fallen.

Seperti biasa, Michael Bay kekal memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi sayang seribu kali sayang watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly. Uwaaaa! aduyai! sob! sob!

Sinopsis Bahasa Melayu - Transformers 3 Dark of The Moon

Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.



Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.