Your are here: Home // // SERAM : Mantera Anjasmoro ( TV3, Khamis - 9.30 malam )

SERAM : Mantera Anjasmoro ( TV3, Khamis - 9.30 malam )

TV3 hidangkan penonton cerita tentang Air Rebusan Seluar Suami Dipuja - 'Mantera Anjasmoro' dalam slot SERAM


Kerap sangat kerap! - penonton di Malaysia terutamanya golongan melayu disuapkan dengan rancangan-rancangan berunsur seram dan takhyul-mahyul ini, Ini tidak boleh disalahkan 100% kepada pengiat-pengiat filem sahaja, tapi penonton sendiri yang ketagih untuk menerima cerita-cerita sebegini tak kiralah untuk drama ataupun filem. Masyarakat Malaysia terutamanya dari bangsa Melayu pastinya sangat menyokong cerita-cerita sebegini. Itu yang meletop kutipan panggung wayang!

Jadi yang terkini, TV3 akan mempersembahkan drama baru Drama terbaru Mantera Anjasmoro yang menggantikan “SAKA JENTAYU”, dikhabarkan akan menampilkan lebih banyak adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.

Drama yang memakan 13 episod di lakonkan Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu akan disiarkan mulai 3 Mac ini, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Turut berlakon dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad Yunos dan terbitan Nor Aliah Lee itu adalah Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

Slot-slot menarik  Mantera Anjasmoro





Sinopisi draman Mantera Anjasmoro
Ia adalah berdasarkan metafora amalan ilmu masyarakat Jawa kawi yang tentang seseorang yang terdesak. Ia mengisahkan seorang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya.

"Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

Pengunaan nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.

Drama yang menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Di mana mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Apa kata...hullahup:
Untuk lebih lanjut, Ikuti dan terokai drama seram bertema konflik ini yang sarat dengan pelbagai aksi dan kejutan emosi untuk tontonan seisi keluarga anda dikala malam hari sepanjang 13 episod  - Mantera Anjasmoro - Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri......


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.