Your are here: Home // , // Hulla Bio | Biodiesel B5

Hulla Bio | Biodiesel B5

Biodisel B5 alternatif dapat mengurangkan kebergantungan terhadap minyak diesel



Bermula jun ini, pemandu kenderaan berat dan pacuan empat roda yang menggunakan diesel mempunyai pilihan dari segi penggunaan bahan bakar berikutan penjualan minyak biodiesel kelapa sawit B5.


Sebagai permulaan, B5 akan dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian.
sumber asal: Utusan

sumber lain: Bernama - Biodiesel B5 Tidak Akan Bebankan Pemilik Kenderaan

B5 ini maksudnya adunan 5% minyak sawit dan 95% petroleum diesel akan membuka lembaran baru dalam penggunaan biobahan api di negara ini sejajar dengan perkembangan global yang semakin beralih kepada sumber bahan api yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Penggunaan bahan api biodiesel sawit akan menyumbang kepada kelestarian alam di samping mengurangkan stok minyak sawit sebanyak 500,000 tan. Harganya mungkin sama mcm minyak diesel biasa.

Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid (contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol).

Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiesel.

Istilah "biodiesel" adalah piawai sebagai mono-alkil ester di Amerika Syarikat.

Minyak kelapa sawit bahan untuk Biodiesel B5

Minyak solar diperoleh dari minyak bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah mulai menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga diperoleh minyak methil ester (ME). Selanjutnya methil ester sering disebut dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak tumbuhan atau haiwan.



Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit dimodifikasi atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi gas asap sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat merosakkan dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap.

Minyak sawit yang telah direaksikan dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .

Biodiesel nampaknya akan menjadi energi yang mempunyai prospek dan masa depan yang cerah, kerana:

Biodiesel tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur dan carcinogenic benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber yang dapat didaur ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi gas rumah kaca . Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru menyimpulkan bahawa kenaikan ME dari kedelai dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat, hidrokarbon dan CO, tetapi menaikkan emisi Nox

Konsumsi bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding dengan solar murni. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan 30% ME hampir-hampir tidak berbeza, sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya sekitar 2%. Menurut kajian, tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah, rata-rata 118,000 Btu, dan solar rata-rata 130,500 Btu.

Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar. Rata-rata biodiesel 53, dan solar 42, sehingga dapat mengurangi detonasi atau knocking pada operasi mesin.

Biodiesel cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk motor diesel. Kadar asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU), NOx yang lebih rendah, dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat.

sumber asal: wikipedia/biodesel

apa kata hullahup: kalau harga biodiesel murah, boleh consider beli sebiji lori pi ofis pasni...


Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.