Your are here: Home // , // Hulla Biol | Rasional Syiling 1 Sen Guna Semula, Elak Beban Rakyat?

Hulla Biol | Rasional Syiling 1 Sen Guna Semula, Elak Beban Rakyat?

Idea Tak Cerdik!


Kerajaan berhasrat untuk menggunakan semula syiling 1 (satu) sen bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi fenomena kenaikan harga barang.
Penjelasan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Siapakah penasihat negara yang memberikan idea-idea bodoh ini!



Selepas April 2008, penggunaan syiling satu sen tidak digunakan lagi, ramai dah campak jer duit satu sen ini; Jadi lepas ini kena pergi korek balik lah...Aku hairan, kenapalah kerajaan tak boleh fikir cara yang lebih logik untuk mengurangkan "kesengsaraan" yg dihadapi rakyat kini.

Dengan khabar angin yang tersebar luas akan berlakunya kenaikan tarif elektrik dan kenaikan harga minyak RON95 dan pelbagai jenis barang-barang keperluan yang bakal menyusul naik samada sebelum atau selepas Pilihanraya Umum 13 (PRU13). Disamping mengeluarkan idea-idea dan mengenalkan segala dasar-dasar yang tidak menguntungkan rakyat. Apa nak jadi?

Berpaksikan kepada Slogan 1Malaysia yang dilaungkan Rakyat Didahulukan. Memang kita akur semua harga barang tidak akan kekal selamanya, namun jangan jadikan kenaikan adalah jalan mudah untuk pemimpin berfikir, apa yang rakyat Malaysia harapkan kenaikan adalah cadangan dan langkah terakhir yang perlu diambil.

Pastikan dulu beberapa cadangan itu yang bernas dan bukan hanya idea tak masuk akal. Jangan pemimpin asyik nak berfacebook dan bertwiter sahaja serta merasmi sahaja (konon nak mendekati rakyat atau berjiwa rakyat). Tugas sebagai pemimpin negara adalah untuk masa hadapan negara, bangsa dan agama. bukan untuk kekal popular dan memimpin untuk syok sahaja.


Nampaknya Kerajaan kini sengaja mencari 'batu nisan' pada PRU yang akan datang.

apa kata hullahup: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...Kat mana rakyat didahulukan, asik dibelakangkan jer!


Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.