Your are here: Home // // Hulla Drama | Akasia TV3, NORA ELENA

Hulla Drama | Akasia TV3, NORA ELENA

Slot Akasia TV3, "NORA ELENA" mulai 10 Mei setiap Isnin-Khamis, 7petang

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Eid (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Eid yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Eid membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Eid yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Eid sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Eid di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Eid yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar? Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci!

Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.


Skrip oleh Maizura Mohd Edris (Tangisan Bulan Madu, Nur Kasih)

Barisan Pelakon:
Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan
Miera Liyana sebagai Maria Tan
Siti Saleha sebagai Nora Elena
Ery Putra sebagai Amir
Zul Ariffin sebagai Eid
Fateen sebagai Adila
Ana Dahlia sebagai Azira
Shah Iskandar sebagai Malik
Wan Sharmila sebagai Yvonne


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.