Your are here: Home // // Hulla Haram | DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Puratos Secret Recipe

Hulla Haram | DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Puratos Secret Recipe

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd


8.  TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9. TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

Apa kata hullahup: Oit! Secret Recipe tu! dah berkoyan-koyan dah orang melayu kat Malaysia ini bedal, lahabau sungguh!


Share/Bookmark

filed under:

33 responses to "Hulla Haram | DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Puratos Secret Recipe"

  1. Anonymous says:

    Assalamu'alaikum

    Ku setuju tapi siapakah pembekal asal bagi 'Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder'??
    Jika siapa tahu tolong kasih I tahu.

    Ku dengar pembekal2 ini sangat famous dan bekal banyak ke kilang kilang besar di Malaysia. Adakah Jakim sudah siasat pembekal2 ini? Kalau tak, ramai yang akan jadi "Mangsa" lagi..............

  2. Nazo says:

    kenyataan rasmi dari Puratos

    http://www.puratos.com.my/webStatement.htm

  3. bustaman says:

    ha!
    elok sangat lah tu.
    orang melayu kita ni sibuk je nak mkn tempat2 kononnye high class macam ni.

    tgi fridays,secret recipe,starbucks
    tak halal..what next?

  4. Anonymous says:

    Malang sangat org melayu nii...yang melayu sibuk nak ban nasi lemak di sekolah yg berganda halalnya....

  5. Anonymous says:

    Saya rasa penulis artikel ni tersalah faham..bila saya selidik di web halal jakim, produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd ni tiada kene mengena dengan Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd. Kebetulan nama produk keluaran Puratos Malaysia Sdn Bhd itu ialah "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" and "Talento Cake Concentrate Secret Recipe". Kalau anda sume nak lebih detail ttg makanan yang menngunakan produk Puratos Malaysia Sdn Bhsd ni, bole pergi ke laman web ni http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret+recipe... sila refer pada item no. 8 dan 9, kemudian click pada attachment di sebelah kanan item itu...itulah makanan yg patut kita perhatikan kerana mengandungi produk puratos yang dikatakan mengandungi dna babi itu.. saya bkn nk sokong spe2.. saya nk kita siasat2 btol2.. tknk bnd mcm nie jd fitnah.. saya mintak maaf klu saya tsalah faham.. :)

  6. Anonymous says:

    Saya di beritahu 'Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder'datang dari New Zealand dan Denmark. Adakah Jakim sudah mengambil tindakan menyiasat pembekal asal nya??????

  7. alibaba says:

    Siapa pembekal asal????

  8. Unknown says:

    http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

    Kenyataan Secret Recipe...harap maklum...

  9. Anonymous says:

    pe la bai.... nama produk dgn jenama pun xleh banding ker?? asal ada nama secret recipe trus nak hentam ke bai?? selidik ler dulu sebelum sebarkan berita.... kot2 jd fitnah, ko nak tanggung ker klu ramai2 sebar fitnah?? klu blog ni nama hullahup secret recipe trus kene cop haram jg ler kan?? fikir2 kan lah....

  10. Anonymous says:

    kesian secret recipe..kut ye da fanatik sgt nak jejak dna babi, selidik la dulu..jgn senang2 nak jatuhkan hukum..xpasal2 orang da ada tanggapan buruk kat secret recipe..tak semua brand yang tokei nya non muslim, produknya diragui halal ke x..

    tapi tahniah kerana anda berjaya mempopularkan diri dan blog anda ke serata malaysia..

  11. Nurdin says:

    Assalamualaikum,

    Kita harus mengenal pasti PUNCA ASALnya dan bukan hanya salahkan SR, Puratos dan lain.Mereka juga "Si Mangsa" dalam case ini.

    Sila rujuk PPIM web site: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/

    Kalau tak silap,Fonterra ada sijil halal juga. Pembekal ini jual banyak kepada kilang2 besar di negara kita. Selain Puratos beli bahan mentah darinya, siapa lagi ada beli dari pembekal ini seharusnya juga disiasat...

    Adakah Jakim telah mengambil tindakan siasat terhadap Fonterra?
    Banyak barang yang guna bahan mentah dari pembekal ini. Kami nak tahu siapa lagi pembeli dari syarikat ini supaya kami boleh berhati-hati semasa memilih barang makanan?

  12. Hafiz says:

    Ya. Betul.
    I setuju apa yang ditulis oleh Nurdin.
    Terima Kasih bagi tahu berita terkini.

  13. PPIM says:

    PENGUMUMAN TERKINI ISU PURATOS...APA KATA ANDA?


    ASSALAMUALAIKUM WBT...


    Terkini, kami mendapat maklumat bahawa Puratos mendapat bekalan daripada Fonterra. Yang dipersalahkan kini hanyalah PURATOS sedangkan yang perlu dipersalahkan sekarang adalah Fonterra dan pihak berkuasa yang cuai.


    Pihak berkuasa perlu mempunyai sistem yang lebih sempurna dan menyeluruh.


    Kami minta pendapat para pelayar untuk memberikan pendapat....
    Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA at 7:21 PM

  14. Anonymous says:

    Prosedur utk JAKIM keluarkan sijil Halal sgt ketat...sekiranya ia dah ditentusahkan oleh JAKIM yg sesuatu produk itu HALAL, makan je la....

  15. Anonymous says:

    Sekiranya anda ragu2 terhadap kredibiliti JAKIM....tanam & makan makanan yg ditanam & ditangkap sendiri sahaja !!

  16. Anonymous says:

    Tapi mengapa boleh dapat DNA babi dalam product Fonterra yang menpunyai sijil halal?

  17. Anonymous says:

    Fonterra supply banyak whole milk powder kah?

  18. Siti says:

    Siapa lagi pembeli dari syarikat - Fonterra ini?

  19. Nazo says:

    Fonterra? Inikah?

    http://www.fonterra.com/wps/wcm/connect/fonterracom/fonterra.com/home/

    Brand Malaysia
    http://www.fonterra.my/

    consumer brand
    Anmum, Anlene, Fernleaf, Calci-YUM, Solivite, Chesdale and Anchor.

  20. Siti says:

    Wah! Banyak barang consumer yang berkaitan. Teruklak kita sebagai umat islam. Susu tepung tak boleh minum, butter tak bolek makan............
    Apa lagi Fonterra ini supply selain barang consumer? Adakah mereka juga bekal kepada kilang kilang besar buat biskut, prepack kek sebagai bahan ramuan?

  21. Anonymous says:

    semua yg dpt sijil halal pun belum tentu halal sepenuhnya pasal lepas dpt sijil bukan selalu pun kena pantau klu depa buat pun sapa tau.dh berapa lama dh kita semua dok kena kencing. sendiri mau makan sendiri ingat laaa.

  22. Siti says:

    Jadi mengapa semua orang bincang SR dan Puratos?! Fonterra yang sepatutnya ditanya mengapa product mereka didapati ada DNA babi dalam siasatan Jakim dan Jabatan Kimia Negara??

  23. Anonymous says:

    Hai kawan kawan, kencing tak kencing aku tak tahu tapi selain Syarikat Puratos mengunakan produk Fonterra, lain pengilang makanan seperti "Bakels, BGS, Mauri......" pun mungkin ada guna bahan mentah tersebut.

  24. Anonymous says:

    La..ye ke tak ya ni Fonterra pula terlibat..ada bukti atau memang rasmi ke? Dengar khabar aje ke. Yang kes Puratos tu memang ada di lmn web jakim yg 2 bahan tu dipersoalkan - yang mengenai fontera ni tak ada apa-apa rasmi dari Jakim? Jangan pulak jdi kes yang tersalah sangka lagi ..

  25. Anonymous says:

    2 bahan itu dipastikan oleh Jakim ada DNA babi. Bahan itu bukan produk Puratos tapi salah satu dari Fonterra.
    Jika nak tahu lebih lanjut, sila rujuk PPIM link dibawah.
    http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/

  26. Anonymous says:

    korang bising2, korang tau apa... mane lagi penting? keuntungan ka, kebajikan masyarakat? yang penting duit ma...

    same2 la kite pikir...

    x mati nye kite klu kite x mkn bende2 tu.. byk lagi kite boleh mkn..

  27. Anonymous says:

    Whole Egg Powder yang terlibat dikatakan dari jenama SANOVO... tapi ada cert halal dari eropah...

    search tengok website SANOVO

  28. Anonymous says:

    salam... aku ni keje kat fonterra. apa yang aku boleh bagi tau, tak payah ler korang dok ragu tentang status halal produk fonterra ni. kalo kilang ni buat susu campur babi, aku pun tak ingin keje kat fonterra ni. yang memandai bawak citer kata fonterra ni jual WMP kat Puratos tu pun aku tak tau dari mana dia dapat info tu.
    FONTERRA syarikat susu, berasaskan lembu... bukan nyer BABI!!

  29. Anonymous says:

    Jika suadara ingin tahu infor dari mana, sila rujuk PPIM web site.
    http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/

    Aku pun tahu WMP dari lembu tapi mengapa Jakim dapati DNA babi dalam bahan mentah ini?

  30. cuba baca sini http://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

  31. Anonymous says:

    emo syiott bro ni.. tak pasal2 secret recipe ko fitnahh

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.